KJ “Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin”

KJ “Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin”.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin ada memberitahu menerusi akaun ramsi Twitternya bahawa terdapat kira-kira lebih 40 peratus individu yang telah mendapatkan temu janji untuk mendapatkan dos penggalak vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) yang tidak menghadirkan diri mengambil suntikan tersebut.

Untuk makluman, program suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 ini telah bermula di seluruh negara sejak 13 Ogos lalu di mana program ini diwujudkan untuk individu yang sudah lengkap divaksin bagi memastikan imuniti serta mengekalkannya untuk tempoh masa yang lama.

Malaysia dikatakan buat masa ini masih  dalam peratus jangkitan yang rendah dan masih dalam kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengurangan penularan ini dalam statistik berlaku selepas ramai rakyat Malaysia sudah melakukan pengambilan lengkap suntikan vaksin. Langkah pengambilan booster dikatakan akan memberi impak yang lebih baik pada kesihatan setiap individu.

Sekiranya pengambilan dos penggalak terutamanya dari kalangan golongan berusia kelihatan terus-menerus rendah, kebarangkalian untuk jumlah kemasukan ke dalam hospital akan meningkat dengan cepat.

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ turut menasihati orang ramai untuk melakukan suntikan dos penggalak vaksin jika menerima temu janji yang telah ditetapkan bagi mengurangkan penularan wabak ini. Apa yang lebih penting adalah setiap rakyat perlu tetap mematuhi SOP jika berada di tempat awam serta menjaga kesihatan diri dan keluarga rersayang. Tidak perlu rasanya terlalu ghairah pergi bercuti kerana kita masih lagi dalam fasa melawan virus Covid-19 ini.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress