Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Kompaun – KKM

Individu Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Kompaun – KKM

Untuk makluman anda, beberapa bulan lepas pihak berkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan operasi mencari serta mendenda para perokok yang ‘menyalakan api’ atau vape di kawasan bebas rokok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menjelaskan bahawa penguatkuasaan akan lebih diperketatkan lagi terhadap larangan merokok di tempat-tempat awam. Beliau berkata, KKM akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan orang awam patuh akan larangan tidak merokok di tempat awam.

Selain itu, beliau juga telah berkongsi beberapa gambar di media sosial miliknya dengan memberikan amaran tegas kepada orang awam mengenai situasi yang bakal diterima sekiranya mereka yang berdegil masih lagi mahu atau tetap merokok di tempat awam.

Baca Juga: (video) Sebuah Sungai Cantik Terbentuk Di Tengah Kampung Selepas Berlaku Trag3di Kepala Air

Kompaun merokok

Sebagai info sejak tahun 2019, pihak kerajaan telah berkuatkuasa dalam mengenakan larangan merokok di kesemua tempat makan di seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Sesiapa yang melakukan kesalahan merokok di tempat awam buat pertama kali akan dikenakan kompaun sebanyak RM150, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Baca Juga: Senarai Bantuan Ini Akan Diumum Dalam Belanjawan 2022 Esok. Semak Sekarang!

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress