Untuk pengetahuan para ibu bapa/ penjaga, Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 sudah boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak untuk memulakan persekolahan Tahun 1 pada 2023 dan 2024, boleh membuat pendaftaran serta permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih untuk sesi tahun hadapan secara atas talian/ online.
Langkah pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia – KLIK DI SINI
Anda boleh layari laman web ONVIRAL untuk menegtahui berita-berita semasa dan permohonan terkini Malaysia.
Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
-
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran
-
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti: SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Tarikh Permohonan Pendaftaran Murid
-
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Langkah Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024
Sila rujuk langkah pendaftaran Tahun 1 2023/2024 seperti di bawah:
-
- Sila pergi ke Portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Sila tekan “Pengguna Baru“
- Sila tekan “Daftar Pengguna“
- Sila tekan “Daftar“
- Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Selepas anda berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan tekan pada menu “Tahun 1“
- Tekan “Permohonan Baharu“
- Sila masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pendaftaran
- Sila lengkapkan maklumat di bawah:
-
- Maklumat murid / pelajar
- Maklumat kesihatan
- Maklumat ibu bapa / penjaga
-
- Sila tekan butang “Simpan” dan “Seterusnya”
- Sila pergi ke “Semak Permohonan” untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan
- Sila pergi ke menu “Perakuan” setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan
- Sila semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu “Perakuan” dan tekan”Peraku Benar” Dan “Hantar” di bahagian paling bawah menu.
- Kemudian Status permohonan murid akan dipaparkan
- Sila cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang anda inginkan, sila hubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Sila tekan pautan untuk maklumat Pegawai E-Daftar Rendah yang anada boleh hubungi – KLIK DI SINI
Baca Juga : BKM 2022 : Tarikh Pembayaran BKM Fasa 1 Bujang