Kredit Shopee Berjumlah RM400 Untuk Rakyat

Untuk makluman anda, pihak Kerajaan telah melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 yang mana mereka sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 yang telah dilancarkan sebelum ini yang pada masa yang sama mengalakkan lebih ramai pengguna mampu memiliki produk yang menjimatkan tenaga dan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa dan permohonan terkini Malaysia.

Program Save 3.0

Program Save 3.0 merupakan program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli barangan dan peralatan cekap tenaga yang mana kesemua peralatan ini telah menjalani ujian prestasi yang membolehkan ia menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Kriteria Kelayakan

Sila rujuk info di bawah untuk syarat kelayakan mendapatkan baucar SAVE 3.0 :

    • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
    • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
    • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
    • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kategoti Program Save 3.0

Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:

    • Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
    • Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

Jumlah Baucar Save 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

Langkah Tebus Vaucar Save 3.0 Shopee

Sila rujuk gambar di bawah untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee :

Tempoh Tebus Save 3.0 Shopee

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022. Jadi anda masih mempunyai banyak peluang masa untuk melakukan penebusan ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress