Kucing Dibuang Sehingga Dilanggar Undang Kecaman Netizen. “Apa Punya Manusia Lah Takde Hati Perut!!!”

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling banyak dibela dan disukai ramai. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup membelanya dari kecil sehingga dewasa. Namun ada juga segelintir daripadanya akan membuang kucing mereka di merata tempat dan ditinggalkan begitu sahaja.

Telah tular sebuah video di Facebook baru-baru ini dimana seekor ibu kucing bersama tiga ekor anaknya telah dibuang di sebuah kedai. Seorang jejaka yang bernama Faris Zakwan menyatakan ibu kucing bersama tiga ekor anaknya telah berada di depan kedainya semasa dia hendak membukanya pada awal pagi.

Pembuangan kucing tersebut dipercayai telah berlaku pada malam sebelum kejadian. Pada awal pagi pada hari kejadian, jejaka tersebut terlihat sang ibu  dilanggar oleh sebuah kereta semasa melintas jalan raya dalam menuju ke tempat berteduh bersama anak-anaknya namun tidak kesampaian.

Sang ibu tetap gagahkan diri untuk pergi ke anaknya walaupun dalam keadaan sakit dan nazak. Pemilik kedai tersebut tidak mampu membuat apa-apa melainkan menemankan sang ibu yang sakit dan nazak.

Video :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih yang amat dan marah kepada pemilik kucing itu kerana membuang kucingnya di tempat yang berbahaya dan tidak sepatutnya.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress