Sudah lumrah, seseorang yang memiliki sahabat baik, sudah semestinya akan melalui perasaan penuh duka dan kecewa andai ditinggalkan secara mengejut dan tiba-tiba, kucing juga tidak terkecuali dari mempunyai sahabat baik.
Haiwan juga tidak ketinggalan mempunyai naluri kasih mengasihi serta saling menyayangi antara satu sama lain misalnya pernah berkongsi makanan, bermain bersama dan sebagainya. Pengalaman melakukan aktiviti bersama mungkin boleh menyebabkan mereka sudah biasa merasai ada teman sentiasa ada bersama-sama.
Di laman Facebook baru-baru ini, terdapat beberapa keping gambar dua ekor anak kucing telah sempat dirakam serta dimuat naik oleh netizen yang tular dalam Group Pecinta Hewan Makassar. Sudah pasti orang yang merakam saat-saat ini juga turut merasa kesedihan yang dialami oleh kucing yang masih hidup tersebut. Sangat sebak!
Gambar yang memaparkan seekor si tompok sedang membawa makanan untuk kawannya dimana kawannya itu kelihatan seakan-akan tidur, namun setelah dihampiri ternyata kawannya itu sudah tidak bernyawa. Sudah pasti keadaan ini akan menyebabkan kesedihan dan kemurungan kepada anak kucing yang kehilangan rakan kucingnya.
Baca lagi: Oyen Comel
Gambar lain menunjukkan jasad yang sudah mati itu ditanam sambil diperhatikan anak kucing yang masih hidup dalam keadaan sangat berduka, pilu serta sebak. Orang yang merakam serta menanam juga sudah semestinya boleh merasakan perasaan tersebut tatkala melihat keadaan anak kucing bernyawa yang nampak sedih tersebut.
Seekor yang bernyawa itu tidak dapat berbuat apa-apa dimana ia hanya mampu melihat jasad rakannya dimasukkan ke dalam tanah oleh orang awam yang menanam.
Situasi yang meruntun hati bagi sesiapa yang melihatnya ini sudah pasti tahu bagaimana keadaan dan perasaan apabila berada dalam keadaan kehilangan, sunyi dan sepi tanpa ditemani rakannya. Gambar dibawah menunjukkan anak kucing yang masih hidup nampak seakan-akan sedih dan murung kerana selalunya rakannya mesti ada bersama-sama berjalan dan melakukan aktiviti sepanjang hari. Kini rakannya sudah tiada maka tiadalah lagi kelihatan kelibat rakannya itu bermain-main dan akan bersama-sama.
Pelik : Anak tiri kucing
Sumber : LAMAN FACEBOOK