KWSP Lancarkan i-Sayang & i- Lindung Tahun 2022
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melancarkan kemudahan i-Sayang dalam pada suku pertama tahun 2022. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak KWSP untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Pengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu bahawa kemudahan yang akan diwujudkan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.
Kemudahan dana persaraan lain yang akan dilancarkan ialah i-Lindung dimana kemudahan ini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
Kemudahan itu sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Inisiatif lain yang kami terokai termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.
“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh memaksa majikan mereka menaikkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” kata Ahmad Badri lagi dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) ke-9 2021.
Sejak penularan pandemik COVID-19, KWSP telah menawarkan beberapa kemudahan kepada pencarum antaranya i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.