KWSP Beri RM 2500 Kepada Waris Pencarum Yang Meninggal

Untuk makluman anda, Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan sebuah program Bantuan Kematian KWSP yang memperuntukkan sejumlah wang yang boleh dituntut oleh ahli keluarga sekirannya terdapat ahli pemegang akaun telah meninggal dunia. Jumlah bantuan tersebut ialah sebanyak RM2,500 yang akan dibayar One Off kepada tanggungan ahli yang berkelayakan (balu/duda/anak atau ibubapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Permohonan dan tuntutan ini boleh dilakukan dimana-mana cawangan KWSP berhampiran dengan mengikuti langkah-langkah yang tekah kami nyatakan di bawah dan wajib membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui tentang berita-berita semasa dan permohonan bantuan terkini kerajaan Malaysia.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kematian KWSP

Sila rujuk yarat-syarat kelayakan permohonan bagi pencarum KWSP seperti di bawah:

    • Ahli keluarga yang telah meninggal dunia mestilah warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
    • Mestilah tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) yang tertakluk kepada status perkahwinan ahli
    • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli tersebut
    • Ahli yang meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun
    • Ahli yang masih mempunyai simpanan KWSP

Individu Yang Boleh Memohon Bantuan Ini

    • Penama
    • Hendaklah berumur 18 tahun ke atas
    • Senarai Dokumen Yang diminta?
    • Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
    • Sijil Kematian Ahli
    • Kad Pengenalan Diri Pemohon
    • Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
    • Sijil lahir pemohon
    • Sijil Kelahiran Ahli
    • Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
    • Surat Kuasa
    • Penama yang Meninggal Dunia

Senarai Dokumen Untuk Permohonan

Sila rujuk dokumen-dokumen penting yang perlu anda bawa semasa melakukan permohonan seperti berikut:

    • Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
    • Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
    • Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
    • Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
    • Bukti-bukti Pertalian
    • Dokumen-dokumen lain yang telah ditetapkan oleh KWSP

Kaedah Pembayaran Bantuan Kematian KWSP

Kaedah pembayaran pengeluaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon. Sila rujuk jadual di bawah.

Soalan Lazim

Soalan : Apa Yang Boleh Dikeluarkan

    • Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat. Sila rujuk jadual di bawah.

Soalan : Siapakah Yang boleh melakukan permohonan untuk ahli yang beragama Islam dan bukan

    • Ahli beragama Islam

Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.

    • Ahli bukan beragama Islam

Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk saluran di bawah:

    • Talian KWSP :  03 – 8922 6000
    • Pautan Bantuan Kematian di Laman Web KWSP – KLIK DI SINI

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Baca Juga : eGUMIS | Langkah Semakan & Dapatkan Wang Tidak Dituntut

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress