KWSP adalah satu institusi yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan wang hari tua untuk mereka yang bekerja.
Justeru itu, bagi mereka yang bekerja, pada setiap bulan ia akan di tolak dari gaji untuk tujuan simpanan di hari tua nanti. Justeru itu, dengan simpanan dari KWSP, apabila cukup umur yang telah ditetapkan, pencarum boleh mnegeluarkan wang tersebut.
Ada Beberapa Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dilakukan
Namun begitu, selain dari pengeluaran hari tua, anda juga boleh mengeluarkan KWSP untuk beberapa tujuan lain. Antara pengeluaran yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
Pengeluaran Sebahagian
- Umur 50
- Bina Rumah
- Perumahan Fleksibel
- Kesihatan
- Pendidikan
- Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Perumahan PR1MA
- Simpanan Melebihi RM1 Juta
- Beli Rumah
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Haji
- i-Lestari
Pengeluaran Penuh
- Umur 55
- Hilang Upaya
- Umur 60
- Meninggalkan Negara
- Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
- Kematian
Baca Juga: eKehadiran- Apa Itu eKehadiran & Cara Login
Cara Membuat Pengeluaran
Di atas tadi, admin sudah sebutkan mengenai pengeluaran KWSP yang boleh anda lakukan. Untuk membuat permohonan pengeluaran, ada beberapa cara yang perlu anda lakukan. Caranya adalah seperti berikut:
- Untuk membuat permohonan pengeluaran perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah mempunyai i-akaun telebih dahulu. Untuk membuat i-akaun anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
- Selepas anda sudah mendapatkan ID & Kata Laluan sementara, anda sudah boleh log masuk ke Portal Rasmi I-akaun
- Selepas anda logmasuk, anda perlu tekan bahagian “Withdrawal” untuk mua membuatkan permohonan pengeluaran
- Kemudian, untuk proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah, anda perlu menekan ikon “New Aplication”
- Kemudian, anda perlu memilih jenis pengeluaran yang hendak anda lakukan dan kemudian anda perlu mengisi segala borang dan butiran yang telah di minta.
- Kemudian, selepas anda selesai mengisi segala borang yang di minta, anda perlu menghantar borang tersebut dan permohonan anda akan di proses oleh pihak KWSP dalam tempoh 14 hari waktu berkerja.
Fungsi I-akaun KWSP
Kita sangat digalakkan untuk mempunyai i-akaun KWSP. Ini kerana, dengan adanya i-akaun ini, ia sangat mmeudahkan kita dalam melakukan segala urusan berkaitan dengan KWSP. Selain itu, ia juga sangat menjimatkan masa kita. Bukan itu sahaja, i-akaun ini juga sangat membantu memudahkan pencarum dan juga majikan. Justeru itu, kita sangat di galakkan untuk mempunyai i akaun. Lagipun i akaun, kini sudah boleh di download di telefon bimbit anda. I akaun ini mempunyai banyak fungsikepada ahli dan juga majikan. Antara fungsi tersebut ialah:
Ahli:
- Ringkasan akaun
- Rekod caruman ahli dan majikan
- Penamaan
- Kelayakan pengeluaran
- Pendaftaran Simpanan Shariah
- Memohon e-Pengeluaran
- Pengeluaran i-Lestari (Akaun 2)
- Pengeluaran i-Sinar (Akaun 1)
Majikan:
- e-Caruman
- e-CTML
- e-Procurement
- Alat Pengiraan
Kita Boleh Membuat Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Yang Penting Dengan Sangat Mudah
Kesimpulanya, walaupun kita boleh membuat pengeluaran KWSP tetapi pnegeluaran tersebut perlulah dilakukan untuk tujuan yang penting dan juga untuk keperluan kita. Ia supaya kita masih mempunyai simpanan untuk kegunaan hari tua kita.