KWSP Dinasihatkan Wujud i-Ceria | Pengeluaran Wang Terakhir

Baru-baru ini, kerajaan telah dicadangkan untuk mewujudkan sebuah kemudahan pengeluaran wang simpanan KWSP kali terakhir dan dipanggil sebagai i-Ceria. Datuk Seri Mohd Salim Sharif iaitu wakil adun Jempol telah berkata perkara ini dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengucapkan rasa bimbang dengan situasi rakyat yang perlu menggunakan wang persaraan mereka kerana ia jalan terakhir bagi melangsungkan kehidupan.

“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” 

Tambah Mohd Salim lagi, tiba masanya untuk kerajaan untuk mengkaji semula kebenaran pengeluaran KWSP buat kali terakhir dengan lebih teliti iaitu mensasarkan peluang pengeluaran bagi golongan yang benar-benar memerlukan dan berdasarkan jumlah simpanan yang mereka ada.

 

Cadangan ini belum dipertimbangkan lagi akan tetapi telah disokong oleh beberapa ahli parlimen yang lain termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Karupaiya dan Hasan berpendapat, kenaikan harga barang susulan sikap peniaga yang mengambil kesempatan dalam mendapatkan keuntungan perlu dipantau kerajaan kerana ia berlaku tatkala rakyat sedang menerima bantuan kewangan. Ini situasi buruk memandangkan rakyat kekurangan kuasa membeli sedangkan mereka sudah mendapat bantuan. Apakah logiknya mendapat bantuan tetapi masih tak mampu membeli barangan ?

Oleh itu kerajaan dinasihatkan melaksanakan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar.

Manakal menurut Xavier pula, i-Ceria sangat bersesuaian dengan situasi semasa dimana ekonomi negara sedang kembali pulih dan adalah tanggungjawab kerajaan membantu Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Penjelasan Menteri Kewangan Tengku Zafrul

Sebelum ini, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak-pihak berkenaan pengeluaran khas KWSP bagi yang terjejas banjir melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022.

Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum telah mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra, manakala dalam bahagian kedua video tersebut, impak pengeluarannya turut diperincikan.

Secara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum.

Terang beliau, Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030 dan ia bermaksud dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.

Diatas sebab tersebut , cadangan pengeluaran wang KWSP itu tidak dapat dipertimbangkan

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress