Pengeluaran KWSP I-Citra RM10,000 “One-Off” Tiada Dalam Pembentangan Bajet 2022 Undang Kecewa

Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Dan Segelintir Rakyat Kecewa Kerana cadangan untuk Pengeluaran KWSP I-Citra RM10,000 Secara “One-Off” Tidak Disenaraikan Dalam Pembentangan Bajet 2022

Untuk pengetahuan anda, pemgumuman pembentangan Belanjawan / Bajet 2022 sudah pun dilakukan pada petang jumaat lalu oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Akan tetapi, Pemuda UMNO serta rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa kerana terdapat beberapa perkara yang tidak termasuk dalam senarai pembentangan yang telah dilakukan.

kwsp i-citra

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menyatakan bahawa perkara yang satu ini merupakan harapan yang paling besar terhadap seluruh rakyat Malaysia tetapi tidak termasuk dalam senarai pembentangan Bajet 2022.

Harapan rakyat bagi pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM 10,000 secara “one-off” tidak dimasukkan dalam Pembentangan Bajet 2022 mengundang sedikit kekecewaan.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menyatakan perasaan kecewa apabila terdapat beberapa Tuntutan Rakyat yang telah diperjuangkan tetapi tidak dipenuhi. Walaubagaimanapun beliau juga tidak menafikan bahawa sudah ada beberapa Tuntutan Rakyat yang  diperjuangkan telahpun dipenuhi oleh pihak kerajaan termasuk moratorium tanpa faedah .

Baca Juga: (video) Pil0t Bersyahadah Di ‘Langit Biru’ Setelah Mendapat Hidayah

kwsp i-citra

Beliau berkata lagi, walaupun perkara ini telahpun diperjuangkan berkali-kali melalui pelbagai medium atau platform, sebagai contoh dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara hatta pengurusan tertinggi KWSP, tetapi ia tetap tidak disenaraikan dalam belanjawan / bajet 2022 dimana ia adalah satu perkara yang menjadi harapan besar rakyat yang tidak dimasuk / disenaraikan.

Terdapat banyak cabaran dan halangan yang dihadapi serta ditempuhi oleh pihak kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menjayakan Bajet 2022 ini.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga memberitahu yang Pemuda Umno akan meneliti dokumen Bajet 2022 termasuk laporan ekonomi yang telah dibentangkan.Andaian ekonomi dan perluasan cukai dan duti eksais semestinya akan memberikan impak kepada perniagaan serta pengguna.

Dengan itu, cadangan serta penambahbaikan Bajet 2022 ini akan terus dijalankan oleh pihak Pemuda Umno sekaligus akan disampaikan kepada Anggota Pentadbiran Kerajaan dan juga Ahli-Ahli Parlimen.

Baca Juga: Bantuan Keluarga Malaysia – Bayaran RM2,000 Secara Tunai!

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress