KWSP | Langkah Melakukan Semak Status LULUS Pengeluaran Khas RM10K – 9 April 2022

Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).

Sehubungan dengan itu, pihak KWSP telah memberikan maklumat bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Setiap ahli boleh terus melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah pihak KWSP disediakan.

Langkah Melakukan Semakan Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10k

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

    1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
    2. Klik butang ‘Semakan Status’
    3. Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
    4. Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK. Sila rujuk penjelasa di bawah:
      • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
        Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
      • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022

KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Sila KLIK DI SINI untuk lokasi.

Langkah Permohonan Khas KWSP RM10K

Sila rujuk langkah Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 seperti di bawah:

    1. Sila layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.
    2. Sila isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
    3. Sila tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan
    4. Sila tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
        • A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
        • B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
    5. Sila tekan TERUSKAN
    6. Sila lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
    7. Sila semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10k

Berdasarkan pemberitahuan yang telah dilakukan pada 16 Mac lalu, pihak KWSP ada berkongsi maklumat mengenail permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

Pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April 2022.

Jumlah Minimum & Maksimum Pengeluaran Khas RM10k

Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.

Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

Cara Pembayaran

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran Khas RM10k

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

Soalan Lazim

    1. Siapakah yang layak memohon?
      • Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
    2. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?
      • Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
    3. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
      • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.
    4. Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
      • Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
        • Akaun bank (simpanan atau semasa)
        • Akaun bank masih aktif
        • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
    5. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?
      • Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress