Pengeluaran Khas: Ini Maksud Permohonan Diterima
Sudah Pati semua rakyat Malaysia sudah maklum bahawa pada hari ini, 9 April 2022 merupakan tarikh rasmi melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas KWSP. Pautan semakan dibuka secara rasmi tepat jam 11 malam tadi iaitu pada 8 April 2022.
Para pencarum KWSP terus melakukan semakan status permohonan, ada yang menerima paparan ‘Permohonan Diterima’, ‘Permohonan Tidak Berjaya’. Terdapat juga ahli yang menerima paparan ‘Tiada Dalam Rekod’.
Permohonan Diterima (Pengeluaran Khas)
Disini kita dapat lihat bahawa wujudnya beberapa tanggapan dalam semakan status pengeluaran khas KWSP.
-
- Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.
- Paparan ‘Permohonan Diterima’ tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.
Diatas merupakan dua perspektif yang dapat kita disimpulkan daripada paparan semakan status baru-baru. Apa yang kita dapat cadangkan adalah KWSP sebolehnya memaklumkan kepada ahli lebih awal agar tidak berlakunya kekeliruan berkenaan semakan status tersebut kerana perkara ini sangat penting dan ramai ahli menanti dengan penuh sabar keputusan permohonan mereka sejak permohonan dibuka.
Diharap agar kesemua ahli dapat menantikan penjelasan lengkap oleh pihak KWSP berkenaan keputusan semakan status Pengeluaran Khas kali ini.
Melalui laman facebook rasmi KWSP, ada dikongsikan cara semakan beserta pautan semakan kepada semua ahli yang memohon.
KWSP juga memberikan informasi bahawa para ahli yang memohon tidak perlu pergi ke portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Mereka hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.
Kaedah Melakukan Semakan Status “LULUS” Pengeluaran Khas KWSP RM10k
Kesemua ahli pencarum yang memohon boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 iaitu hari ini dengan mengikuti langkah di bawah:
-
- Sila layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Sila Klik ‘Teruskan’
- Sila Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Sila isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Sila isi No Telefon Bimbit
- Sila sahkan Captcha
- Sila klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya status anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022. Contoh, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya status anda TIDAK LULUS, pihak KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
Baca Juga : Tarikh Akhir Bayaran BKM Fasa 1 Pada 8 April