KWSP | Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan Sebelum Persaraan

Untuk Makluman anda, buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen beberapa hari lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.

Menurutnya lagi tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.

“Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 selain mengumumkan dividen, di sini, hari ini.

Datuk Seri Amir Hamzah memberitahu data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.

“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).

“KWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum.

“Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19 dalam pembentangannya yang terdahulu. Ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

“i-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion untuk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.

“Jumlah keseluruhan pengeluaran untuk ketiga-tiga skim dianggarkan RM110 bilion,” jelasnya lagi.

Beliau menambah  yang seramai 7.3 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu atau semua skim berkenaan jika berdasarkan rekod yang ada. Kesan pengeluaran awal KWSP itu agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.

“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.

“Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai.

“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.

Selain kesihatan, beliau menegaskan yang keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif semasa di dewan rakyat mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber : Harian Metro

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress