Langkah Batal Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Seperti semua sedia maklum, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mula memberikan dos penggalak kepada penerima-penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara. Perlu diingat yang rang ramai tidak perlu mendaftar mendapatkan dos penggalak.

Sebaliknya anda akan dimaklumkan menerusi Aplikasi MySejahtera untuk tarikh janji temu atau anda boleh hubungi sendiri fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.

Baca Juga : My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid

Sekiranya tarikh dan masa yang diberikan kepada anda untuk menerima suntikan dos penggalak tidak sesuai, anda boleh membatalkan temu janji tersebut terus dari aplikasi MySejahtera dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:-

    1. Sila tekan “Klik di sini untuk mengesahkan janji temu anda
    2. Sila pilih “Tidak
    3. Sila nyatakan alasan

Selepas itu, anda akan diberikan tarikh janji temu yang baru nanti.

Berdasarkan kepada semakan data KKM, sudah lebih daripada 9 juta dos penggalak sudah pun diberikan kepada para penerima vaksin.

Baca Juga : Anak Pekebun Kecil, Staf & Pesara Boleh Mohon Bantuan RM500 Untuk Pelajaran | SIPU RISDA 2022

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress