Langkah Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Bermula 7 Oktober 2021

Kemaskini Maklumat akaun Bank Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Bermula 7 Oktober Hingga 21 Oktober 2021

Pemberitahuan kepda kesemua penerima BKC, kini anda sudah boleh membuat pengemaskinian maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan pembayararan untuk fasa yang seterusnya.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021.

Tarikh Kemaskini adalah seperti di bawah :

    • Tarikh buka: 7 Oktober 2021
    • Tarikh akhir: 21 Oktober 2021

kemaskini BKC

Langkah Menyemak Status BKC

Sebelum membuat pengemaskinian, sila semak dahulu status BKC anda untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda adalah lengkap atau masih perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun. Anda boleh membuat semakan melalui laman web rasmi BKC di pautan ini KLIK DISINI

Sila rujuk cara di bawah untuk membuat semakan :

    1. Sila tekan Log Masuk atau Semakan Status
    2. Sila masukkan Nombor MyKad anda
    3. Sila lakukan pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Sila masukkan Kata Laluan
    5. Maklumat yang akan dipaparkan adalah :
      • Status Permohonan
      • Amaun Keseluruhan Diterima
      • Maklumat Pembayaran
      • Paparan Borang

Baca juga : i-Akaun | Cara Semak Penyata KWSP Secara Online & Kemudahan Lain

Langkah Membuat Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

Pengemaskinian maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat dalam dua cara samada secara online (atas talian) ataupun secara manual.

Langkah membuat kemaskini adalah seperti di bawah:

    1. Sila layari laman web BKC Hasil KLIK DISINI
    2. Sila tekan butang Log Masuk
    3. Sila isi nombor IC dan kata laluan yang telah anda daftarkan
    4. Sila tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank bagi membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Langkah Membuat Kemaskini Bagi Maklumat Wakil BKC

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.

    1. Sila layari laman web BKC Hasil KLIK DISINI
    2. Sila tekan butang Log Masuk
    3. Sila isi nombor IC dan kata laluan yang telah anda daftarkan
    4. Sila tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank bagi membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Untuk makluman anda, proses pembayaran / pengkreditan bagi Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi kategori B40 telah bermula secara berperingkat pada 6 September 2021 dan M40 pada 9 September 2021.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila layari laman web BKC Hasil KLIK DISINI  ATAU sila hubungi Hotline BKC di talian 1-800-88-2747

Anda juga boleh rujuk pautan ini untuk TALIAN KHAS BKC KLIK DISINI

Bagi menjalankan urusan di kaunter LHDN, sila layari pautan Hasil KLIK DISINI untuk membuat tempahan slot e-Janji Temu online.

Baca juga : eKasih 2021 : Senarai Jenis Bantuan Yang Boleh Dimohon

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress