Langkah Login | Bayar Balik Pinjaman PTPTN – Potongan Gaji

Jadual di bawah menunjukkan tempoh bayaran balik PTPTN mengikut kadar pinjaman tertentu.

Jumlah Prinsipal Ujrah Tempoh Bayaran Balik
RM10,000 dan ke bawah 5 tahun
Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 10 tahun
Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 15 tahun
Melebihi RM50,000 20 tahun

Semakan Penyata Pinjaman Dengan PTPTN Login

Sila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.

  1. Sila layari laman web portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/
  2. Sila tekan ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.
  3. Sila isikan nombor IC dan kata laluan.
  4. Untuk mendapatkan Kata Laluan Sementara (login pertama kali), sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu.

Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN

    • Melalui Hotline PTPTN

Cara ini adalah langkah yang paling ringkas iaitu dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Nombor ini sudah tertera diportal PTPTN.

Sewaktu menghubungi, khabarkan kepada pihak PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.

Terus akses menu e-Perkhidmatan di portal PTPTN pada bahagian ‘Bayaran Balik’.

    • Melalui Mesej Di Facebook

Ironinya, nombor pinjaman juga boleh diprolehi melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN.

Bagaimanakah Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Potongan Gaji?

Salah satu langkah pembayaran balik yang lebih baik ialah melalui DIRECT DEBIT (auto tolak dari account bank yang didaftarkan). Kaedah ini sama sekali tidak memerlukan perhatian anda setiap bulan. Jadi, anda tak perlu khuatir sama ada anda sudah pun membayar atau belum untuk bulan tersebut.

Sila rujuk 8 langkah untuk menetapkan setting seperti di bawah:

Langkah 1 : Taip www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK

Langkah 2 : Klik permohonan DIRECT DEBIT .

Langkah 3 : Klik Mohon DIRECT DEBIT PINJAMAN

Langkah 4 : Masukkan No IC berserta Password dan Log masuk

Langkah 5 : Klik PENYATA BAKI

Langkah 6 : Klik pendaftaran untuk DIRECT DEBIT

Langkah 7 : Klik PERMOHONAN BARU

Langkah 8 : Klik MOHON

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik

Terdapat cuma 4 jenis kategori peminjam yang layak membuat penangguhan bayaran balik PTPTN :

    • Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu (Diploma) dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa (Ijazah)
    • Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara
    • Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)
    • Tidak bekerja

Peminjam harus mengisi  borang permohonan penangguhan – KLIK DI SINI

Kos upah masih dikenakan sepanjang tempoh penangguhan yang akan ditetapkan oleh PTPTN.

Dokumen penangguhan bayaran juga perlu disediakan:

    • Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
    • Surat akuan sumpah tidak bekerja;
    • Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.

Penangguhan Bayaran balik PTPTN tidak mengecualikan PTPTN daripada menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).

PTPTN berhak membatalkan penangguhan sekiranya peminjam didapati menerima gaji / elaun dalam tempoh penangguhan.

Baca Juga : Langkah Terminate Astro | Tutup Akaun Langganan 2022

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress