Langkah melakukan semakan status permohonan BKM dan tarikh-tarikh pembayarannya

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKM 2022 DAN TARIKH-TARIKH PEMBAYARANNYA

Seperti yang anda sudah maklum, BKM merupakan bantuan tunai daripada Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bertujuan meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kelayakan

Pemohon adalah layak menerima BKM sekiranya mereka memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:

    • i. Isi Rumah
        • Kahwin; atau
        • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
        • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    • ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
        • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
        • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
        • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    • iii. Bujang
        • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
        • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
        • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Sila rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:

Jumlah Bayaran BKM Yang Diterima Berdasarkan Kategori

Untuk makluman, jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum dan pemberian bantuan tunai langsung ini akan dilakukan secara bersasar.

    • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
    • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
    • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
    • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
    • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
    • Bujang (<RM2,500)*: RM350

*(Pendapatan Bulanan)

Jadual di bawah menunjukkan pembayaran berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kadar bantuan tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti di bawah:

    • Jumlah tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
    • Jumlah tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Untuk pengetahuan semua juga, data penerima BPR 2021data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak mendapat kelulusan bantuan atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk proses verifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod pemohon di dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila tekan pautan untuk melakukan kemaskini maklumat anda ataupun sekiranya ada yang mahu membuat permohonan secara online KLIK DI SINI

Kemaskini Maklumat BKM

Untuk penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC), sila lakukan kemaskini maklumat di bawah sekiranya ada perubahan.

    • Status Perkahwinan
    • Bilangan Anak
    • Jumlah Pendapatan

Di bawah adalah senarai dokumen yang perlu dimuatnaik:

    • Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai
    • Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak
    • Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru

Kepada pemohon yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, sila login untuk memastikan permohonan anda wujud dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022

Sila lakukan kemaskini dalam sebelum tempoh yang telah ditetapkan untuk memudahkan pihak kerajaan untuk membuat pembayaran bantuan BKM ini.

Langkah Kemaskini Maklumat BKM

Sila rujuk langkah di bawah untuk melakukan kemaskini maklumat anda dalam sistem BKM:

    1. Sila layari laman web BKM dengan menekan pautan KLIK DI SINI
    2. Sila tekan butang “Log Masuk
    3. Selepas log masuk, tekan “Kemaskini Permohonan
    4. Sila masukkan No. MyKad dan tekan “Semak“. Kemudian sila isi semua maklumat yang bertanda (*). Tanda ini merupakan maklumat yang wajib diisi.
    5. Tekan “Teruskan
    6. Sila isi Kod Captcha dan tekan “Sahkan Captcha
    7. Sila tandakan Perakuan Pemohon. Kemudian tekan butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan

Tempoh Semakan Status BKM / Kemaskini

Permohonan dan kemaskini BKM sudah pun ditutupkan pada 31 Januari 2022 lalu. Manakala, semakan status BKM boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Tarikh pembayaran yang pertama akan dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Kaedah Pembayaran BKM

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini. Kaedahnya adalah seperti berikut:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

    • Berjaya Kredit
      • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
    • Gagal Kredit
      • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
      • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Senarai Borang Yang Diperlukan Untuk BKM 2022

Di bawah adalah senarai borang yang anda mungkin perlukan. Muat turun borang yang diperlukan sahaja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan BKM. sila rujuk saluran di bawah untuk menghubungi pihak BKM:

    • Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
    • Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
    • KLIK DI SINI – Untuk mendapatkan talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
    • e-Mel : bkm@treasury.gov.my

Sila tekan pautan untuk maklumat-maklumat lebih terperinci mengenai bantuan BKM seperti di bawah:

Baca Juga: Tanpa Faedah | Permohonan Pinjaman RM10k BSN

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress