Langkah Memohon Sehingga RM10,000 Di Bawah PUTRA – Khas Untuk Bumiputera

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan usahawan berjaya, melahirkan modal insan global dan berintegriti serta menyumbang kepada pemilikan ekuiti.

Dengan itu, pihak MARA telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA).

Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk berita-berita dan permohonan terkini.

memohon putra

Tujuan Program

Tujuan utama program adalah seperti di bawah:

    • Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan;
    • Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Skop Pembiayaan

Program ini menawarkan skop pembiayaan bagi modal pusingan dan pembelian mesin / peralatan dengan had maksimum sebanyak RM10,000 di bawah PUTRA.

Tempoh pembiayaan program ini adalah selama 1 hingga 3 tahun atau 12 hingga 36 bulan bagi setiap permohonan yang diluluskan serta tidak memerlukan jaminan atau cagaran dan pemohon hanya perlu mengemukakan seorang penyokong (reference) di kalangan ahli keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan Memohon Bantuan PUTRA

    • Warganegara dan Bumiputera
    • Berumur antara 18 hingga 40 tahun
    • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM)
    • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
    • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
    • Perniagaan patuh Syariah
    • Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat & Kriteria Khusus Permohonan

Terdapat syarat khusus untuk program ini. Sila rujuk senarai di bawah:

    • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga bulan dengan perkembangan yang baik;
    • Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa;
    • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), senarai IPMa – DI SINI;
    • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA.

Langkah Permohonan

Untuk melakukan permohonan, bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, sila lakukan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Pembiayaan MARA  – KLIK DI SINI

Untuk senarai semak dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ia boleh dilihat – KLIK DI SINI (PDF).

Maklumat Lanjut

Manakala, maklumat lengkap dan terperinci berkenaan program pembiayaan ini pula boleh dirujuk – KLIK DI SINI

Baca Juga : Permohonan & Semakan Online 2022 | Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress