Langkah Memohon Tuntutan Bantuan Kematian KWSP RM2500

Permohonan Tuntutan Bantuan Kematian RM2500 KWSP

Untuk makluman semua, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan program Bantuan Kematian KWSP sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh ahli keluarga sekiranya ahlinya meninggal dunia.

Bayaran disediakan adalah sejumlah RM2,500 yang akan dibayar sekali sahaja kepada tanggungan ahli yang berkelayakan (balu/duda/anak atau ibubapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Permohonan untuk bantuan ini perlu dibuat di mana-mana cawangan KWSP berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berkaitan.

Baca juga: mySalam Covid 19 : RM50 Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif

bantuan kematian kwsp

Kriteria Kelayakan Permohonan Bantuan Kematian KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan untuk bantuan ini bagi pencarum KWSP adalah seperti di bawah:

    1. Ahli keluarga yang telah meninggal dunia mestilah warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
    2. Mestilah tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) yang tertakluk kepada status perkahwinan ahli
    3. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli tersebut
    4. Ahli yang meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun
    5. Ahli yang masih mempunyai simpanan KWSP

Mereka Yang Boleh Memohon

    1. Penama
    2. Hendaklah berumur 18 tahun ke atas

Senarai Dokumen Yang Perlu Disediakan

    • Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
    • Sijil Kematian Ahli
    • Kad Pengenalan Diri Pemohon
    • Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
    • Sijil lahir pemohon
    • Sijil Kelahiran Ahli
    • Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
    • Surat Kuasa
    • Penama yang Meninggal Dunia

Senarai Dokumen Yang WAJIB Disediakan

    • Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
    • Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
    • Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
    • Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
    • Bukti-bukti Pertalian
    • Dokumen-dokumen lain yang telah ditetapkan oleh KWSP

Kaedah Pembayaran Bantuan Kematian KWSP

Kaedah pembayaran pengeluaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut sila klik di pautan ini. KLIK DISINI

Anda juga boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03 – 8922 6000
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress