Langkah Mengemaskini No Telefon KWSP Online / Kiosk

Mengemaskini Nombor Telefon KWSP

Kepada sesiapa yang belum tahu, permohonan dan semakan untuk iCitra telahpun diluluskan pada bulan ini. Akan tetapi, ahli KWSP menghadapi beberapa masalah dan salah satu diantaranya adalah masalah nombor telefon pemohon yang telah ditukar. Terdapat dua cara untuk menukar dan mengemaskini nombor telefon  tanpa anda perlu hadir ke kaunter iaitu :

    1. Menggunakan Kiosk
    2. Secara atas talian (online)

KWSP

Mari kami kongsikan tentang cara untuk mengemaskini nombor telefon tanpa perlu datang ke kaunter.

Langkah Menukar No Telefon Di Kiosk KWSP

Sila hadir ke kiosk yang berdekatan dengan anda. Ini adalah bertujuan untuk pengesahan identiti MyKad dan cap ibu jari anda. Langkah ini adalah bagi sesiapa yang mahu membuat pendaftaran serta mengemaskini nombor telefon TAC/ OTP. Anda juga boleh pergi ke kaunter, tapi sila pastikan yang anda sudahpun membuat temu janji secara online. Jangan hadir tanpa membuat temujanji.

kwsp
Anda boleh membuat penukaran nombor telefon dengan menggunakan Kiosk seperti dalam gambar atau secara online.

Sila rujuk langkah di bawah :

    1. Semasa berada Kiosk, sila masukkan Kad Pengenalan anda.
    2. Sila letakkan ibu jari anda pada ruang yang telah disediakan bagi tujuan pengesahan.
    3. Kemudian terdapat paparan menu untuk menukar nombor telefon.
    4. Sila dapatkan bantuan pekerja di kiosk sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah semada pengesahan.
    5. Nombor telefon baru yang telah anda tukar akan dikemaskini dalam sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.

 

Langkah Menukar Nombor Telefon KWSP Secara Online

Anda juga boleh membuat penukaran nombor telefon sekiranya tidak mahu atau tidak dapat hadir ke KWSP. Untuk penukaran nombor telefon secara online, anda akan dikehendaki untuk menjawab soalan keselamatan seperti di bawah :

Anda perlu memastikan yang anda menjawab soalan keselamatan dengan betul sama seperti jawapan yang telah anda berikan semasa membuat permohonan iSinar.

Sekiranya anda tidak menerima No TAC untuk penukaran nombor KWSP ini, sila cuba lagi kerana ada kemungkinan talian telefon anda tidak berapa stabil. Atau ada kemungkinan juga nombor telefon anda sudah tidak lagi aktif. Anda boleh rujuk Hotline dibawah sekiranya anda menghadapai masalah ini.

Baca juga: i-Citra KWSP : Cara Mohon Pengeluaran RM5,000

Maklumat Lanjut :

Sila hubungi Hotline KWSP di 03-8922 4848

Atau layari Facebook. KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress