Langkah Mohon Bantuan Kewangan Asasi Mahasiswa RM3,920 Setahun | BKM B40 & M40

Setiap daripada kita sudah pasti memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian dimana semestinya ramai dalam kalangan rakyat yang mengalami pendapatan isi rumah yang terjejas atas pelbagai faktor.

Seperti yang kita maklum juga, sudah banyak pakej bantuan kewangan telah diperkenal dan diwujudkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Walupun ada pakej bantuan baharui tetapi pakej bantuan lama masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan Asasi oleh KPM yang mungkin ramai yang tidak berapa ambil serius.

Sila rujuk maklumat di bawah untuk penerangan dan langkah permohonan Bantuan Kewangan Asasi oleh KPM. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa dan juga permohonan terkini daripada pihak kerajaan.

Bantuan Kewangan Asasi KPM

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan bantuan kewangan kepada mahasiswa yang belajar di 12 Pusat Asasi Universiti Awam (UA).

Kadar Bantuan

Pelajar serta mahasiswa akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti di bawah:

    • Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
    • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
    • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat Kelayakan

Sila rujuk syarat-syarat permohonan Bantuan Kewangan Asasi seperti di bawah:

    • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompokB40 dan M40;
    • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
    • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah Melakukan Permohonan

Untuk pengetahuan anda, semakan serta tawaran program boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM dimana para pemohon boleh melakukan semakan dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti langkah-langkah di bawah:

    1. Surat tawaran;
    2. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
    3. Borang penyata kewangan penjamin;
    4. Panduan mengisi borang perjanjian;
    5. Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
    6. Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
    7. Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Maklumat Lanjut

Sila tekan pautan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan ini – KLIK DI SINI

 

Baca Juga :  Sebab Kenapa Ada Yang Tidak Setuju Pengeluaran (KWSP) RM10K “One Off”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *