Langkah Pendaftaran Dan Pengaktifkan i-Akaun KWSP (Online)

Seperti yang anda sudah maklum, KWSP merupakan sebuah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Oleh kerana itu, Akta KWSP 1991 telah mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Simpanan ini bukanlah sekadar untuk jaminan kehidupan disamping tabungan hari tua, malah wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti di  bawah:

    • membeli rumah / hartanah
    • mengurangkan pinjaman perumahan
    • menyelesaikan pinjaman pendidikan
    • menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Baca Juga : BKM 2022 | Permohonan & Semakan Online

i-Akaun

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang di sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan memiliki akaun ini,

Anda boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja asalkan memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP

Selain melayari laman web KWSP, anda juga boleh memuat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit anda melalui:

    • Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
    • Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store

Kelebihan Mendaftar i-Akaun KWSP

Di bawah adalah kelebihan sekiranya anda mendaftar i-Akaun :

    1. 1. Mengemaskini profil peribadi KWSP.
    2. 2. Menyemak kelayakan pengeluaran wang KWSP.
    3. 3. Menyemak baki simpanan di dalam akaun KWSP.
    4. 4. Menyemak penyata wang KWSP.
    5. 5. Menyemak rekod caruman wang KWSP.

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Anda boleh melakukan pendaftaran ahli KWSP melalui 4 cara seperti di bawah:

1. Pendaftaran Secara Automatik

    • Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.
    • Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. Pendaftaran Di Kaunter

    • Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.
    • Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar).
    • Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

3. Pendaftaran i-Akaun Majikan

    • Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.
    • Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.

4. Pendaftaran Di Kiosk

    • Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
    • Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

5. Pendaftaran Di i-Saraan

    • Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.

Langkah Pendaftaran Dan Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)

Sila eujuk langkah pendaftaran dan pengaktifan KWSP online (i-Akaun) seperti di bawah:

    1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
    2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
      *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
    3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
      *Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
    4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
    5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

Kriteria & Syarat Pendaftaran i-Akaun Ahli KWSP

    1. Ahli mestilah warganegara Malaysia.
    2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama ahli sahaja yang dibenarkan.
    3. Ahli hendaklah berumur 55 tahun kebawah sahaja.
    4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isi teknikal.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran i-Akaun KSWP, sila ke laman web: https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Baca Juga : Tanpa Faedah | Permohonan Pinjaman RM10k BSN

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress