Langkah Semak Dan Bayar Cukai Tanah Setiap Negeri Secara Online
Jika sebelum ini cara melakukan semakan dan pembayaran cukai tanah setiap negeri memerlukan kita hadir dan berurusan ke kaunter fizikal. Namun kini arus kemodenan hasil canggih teknologi dan kemudahan internet telah memudahkan urusan kita dengan kewujudan cara untuk membayar cukai tanah hanya dengan cara online mengikut Portal Rasmi Pejabat Tanah negeri masing-masing.
Bagi anda yang sudah memiliki rumah sendiri, sudah pasti anda pernah merasa pengalaman beratur panjang untuk membayar cukai tanah.
Untuk pengetahuan anda, cukai tanah merupakan cukai tahunan yang dikenakan keatas hartanah persendirian di Malaysia. Perlu ingat bahawa cukai tanah dan lain-lain cukai seperti cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam membiayai pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam.
Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui tentang langkah melakukan semakan dan pembayaran cukai tanah untuk setiap negeri secara online.
Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan serta permohonan lain dari pihak kerajaan disamping mendapatkan informasi semasa.
Baca juga: Cara Pengeluaran KWSP Untuk Bayaran Bulanan Rumah
Jumlah Bayaran Cukai Tanah
Jumlah cukai yang dikenakan bagi setiap negeri adalah berbeza-beza, ianya tidak sama malah harga antara daerah juga berlainan. Jadi anda jangan anggap yang kadar cukai tanah semuanya tiada beza dimana jumlah juga akan berlainan mengikut jenis tanah dan hak milik yang dinyatakan pada geran anda.
Untuk kiraan asas, caj yang dikenakan untuk cukai tanah akan dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah milik anda. Ini membawa maksud, setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.
Rata-rata daripada kes, jumlah cukai tanah di luar bandar adalah lebih murah berbanding hartanah di bandar. Sila hubungi pejabat tanah tertentu atau pergi ke pejabat mereka untuk membuat pertanyaan tentang kadar bayaran.
Untuk makluman anda juga, tidak semua pejabat tanah negeri ada menyediakan kadar cukai tanah di laman web mereka, jadi sila pastikan anda memeriksa butiran di atas geran tanah anda sebelum membuat sebarang pembayaran.
Baca juga: Permohonan Jawatan Kosong Terkini Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) November 2021
Portal Semakan Dan Pembayaran Cukai Tanah Setiap Negeri
Hampir semua negeri mewujudkan portal semakan dan pembayaran cukai tanah secara online.
Negeri | Portal Rasmi Cukai Tanah |
Semakan Cukai Tanah Selangor | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Pahang | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kedah | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Johor | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Pulau Pinang | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Sabah | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Terengganu | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kelantan | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Perak | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Perlis | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Melaka | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Sarawak | Untuk Semakan Sahaja KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Labuan | Pembayaran Cukai Tanah Labuan adalah dengan menggunakan Tunai, Draf Bank, Cek, Kiriman Wang dan Wang Pos sahaja. Untuk Info KLIK DISINI |
Nota: Anda hanya boleh membuat semakan di portal Sarawak dan Labuan.
Langkah Pembayaran Cukai Tanah Melalui Online Banking
Selain daripada portal di atas, cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan atas talian di bawah:
-
- Maybank2u
- CIMBClicks
- RHB Online
- Aplikasi Pos Malaysia.
Anda perlu memilih pejabat tanah negeri pilihan anda di bahagian ‘New Payee‘. Akan tetapi tidak semua pejabat tanah negeri membolehkan pembayaran secara online banking.
Pembayaran Cukai Tanah Di Kaunter
Sekiranya anda cenderung untuk menggunakan cara manual, sila pergi ke pejabat tanah di negeri anda untuk membuat pembayaran cukai tanah. Untuk pengetahuan anda juga, pembayaran cukai tanah di negeri tertentu boleh dilakukan di Pos Malaysia. Negeri-negeri tersebut adalah seperti:
-
- Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Melaka
- WP Kuala Lumpur
- Perak
Soalan Lazim
-
- Soalan 1 : Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?
Jawapan : Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal. - Soalan 2 : Bilakah masanya saya Perlu melakukan pembayaran Cukai Tanah?
Jawapan : Anda boleh melakukan pembayaran bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun. - Soalan 3 : Di manakah saya boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah sekiranya saya tidak menerimanya?
Jawapan : Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot. Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Sekiranya mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.
- Soalan 1 : Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertyanyaan atau memerlukan sebarang maklumat lanjut, dils layari laman web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.
Baca Juga: Cara Mohon Bina Rumah Mesra Rakyat RMR Atas Tanah Sendiri – Subsidi Sehingga RM20,000