Langkah Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online!

Langkah Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online!

Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, semua perkara boleh dibuat secara online sahaja. Tidak perlu keluar rumah dan beratur panjang di kaunter.

Bukan sahaja beli barang secara online, tetapi nak buat kad ATM secara online pon boleh!

Sekiranya anda mempuyai kad ATM tetapi mengalami kerosakan cip atau kehilangan kad. Anda boleh gantikan dengan yang baharu secara online.

Wanita bernama Aziah Sabri ingin kongsikan caranya.

Baca Juga: Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank (Maybank2U)

Langkah Pertama

Pastikan anda sudahpun membuat akaun maybank2u dan log masuk ke akaun maybank anda.

Langkah Kedua

Setelah anda log masuk, klik pada butang setting.

Langkah Ketiga

Klik pada arah ke bawah disebelah kanan atas untuk lihat lagi pilihan.

Langkah Keempat

Klik pada butang cards.

Langkah Kelima

Klik pada butang debit card – replace, active & block.

Selepas itu ikut arahan yang diberi dengan mengisi alamat untuk kad di pos ke rumah dan anda akan diminta untuk mengisi TAC sebagai proses pengesahan.

Pastikan anda mempunyai RM12 di dalam akaun anda sebagai caj gantian kad baharu.

Langkah Keenam

Pihak Maybank akan menghantar mesej seperti di bawah. Anda akan menerima kad ATM yang baharu dalam masa 9 hari waktu bekerja.

Mudah sahaja kan?

Kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang ingin menggantikan kad ATM mereka yang telah rosak.

Dah alang-alang nak tukar, apa kata tukar terus kad ATM anda dengan gambar anda sendiri di atas kad dengan cara ini.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress