Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES B40

Bagi membantu rakyat dalam keadaan berjuang melawan wabak pandemik dan berada dalam keadaan PKP, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 iaitu  sebanyak 8.4 Juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Bantuan ini ditawarkan dalam bentuk perkhidmatan data internet serta pembelian peranti mudah alih. Pendaftaran boleh dilakukan oleh Penerima BPR untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan b40 yang layak.

Pihak YES telah bekerjasama dengan Shopee di dalam program Jaringan Prihatin ini dimana tawaran telefon pintar dan data percuma diberikan kepada golongan kumpulan B40. Penerima sekaligus akan mendapat akses percuma untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn From Home daripada Yayasan YTL selama setahun tanpa sebarang bayaran.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Golongan B40 boleh melakukan penebusan telefon pintar dan data percuma  YES dan anda boleh mengikuti perkongsian dari kami mengenai program YES Prihatin ini seperti di bawah.

MAKLUMAT UNTUK SEMAKAN YES PRIHATIN

Pihak YES telah menawarkan tuntutan percuma berikut kepada golongan B40 yang layak:

Belajar Dari Rumah – Keluarga

    • Satu telefon pintar percuma
    • Data sebanyak 30GB yang diberikan secara percuma setiap bulan
    • Baucar bernilai RM50 dari Shopee
    • Akses percuma Aplikasi Pendidikan
    • Tempoh selama 12 Bulan (1 Tahun)

Belajar Dari Rumah – Individu

    • Satu telefon pintar percuma untuk seorang (individu)
    • Data sebanyak 15GB yang diberikan secara percuma setiap bulan
    • Baucar bernilai RM50 dari Shopee
    • Akses percuma Aplikasi Pendidikan
    • Tempoh selama 12 Bulan (1 Tahun)

TERMA DAN SYARAT KELAYAKAN

Penebusan untuk program ini hanya layak untuk :

    • Golongan B40 sahaja
    • Isi rumah pemohon yang layak mestilah mempunyai pendapatan kurang dari RM4,850

Pihak YES akan membuat semakan lanjut dan terperinci sekiranya permohonan telah diterima. Sebab utama adalah untuk  memastikan individu yang menerima kemudahan ini memang dari golongan B40 yang layak.

CARA UNTUK MENDAFTAR YES PRIHATIN

Anda boleh membuat tuntutan sekiranya tergolong dalam kategori B40 dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Sila layari laman Shopee Prihatin: https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin

2. Klik butang “TUNTUT SEKARANG”

3. Kemudian isi butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin YES dan hantarkan permohonan setelah pengisian butiran siap.

4. Sila tunggu status permohonan anda. Anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari pihak YES sekiranya anda berjaya.

*Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menuntut atau menebus Yes Prihatin dengan menggunakan applikasi shopee, anda layak menerima Baucar percuma daripada Shopee sebanyak RM50.

Cepat mulakan langkah anda untuk menebus sekarang, kami berharap anda berjaya dalam permohonan anda. Anda boleh kongsikan artikel ini atau war-warkan kepada kawan-kawan serta saudara-mara yang belum tahu atau masih belum memohon bantuan kerajaan ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress