Kuala Lumpur memang tidak syak lagi merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Kebiasaanya tempat makan menjadi salah satu port lepak mereka yang berkumpul dengan kenalan. Bukan tujuan untuk makan sahaja malah lebih kepada sesi berbual.
Kebanyakan masyarakat kini tidak sekadar memilih kedai makan yang memiliki hidangan yang sedap malah ada yang berkunjung hanya kerana dekorasi dan konsep yang menarik. Selepas makan apa lagi? mesti OOTD sekali kan. Ini mejadi salah satu sebab kenapa ramai remaja yang suka pilih kedai makan yang ‘unik dan trending terkini’.
Ini port baru lepak di Kuala Lumpur yang korang wajib pergi sebab terdapat pelbagai ‘makanan food truck’ dan berdekatan dengan tempat yang paling terkenal iaitu Pavillion Kuala Lumpur dan Bukit Bintang. Alang-alang makan, apa lagi OOTD lah kan?
@fazrinm115 LaPARK, Kuala Lumpur. #fyp #tiktokmalaysia #klfoodie #foodie #foodtruck #makantime