Lee Zii Jia – Biodata dan Fakta Menarik

Biodata Lee Zii Jia Pemain Badminton Malaysia

Siapakah sebenarnya Lee Zii Jia? Beliau ialah seorang pemain badminton negara dan anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.

Beliau juga telah mengharumkan nama baik negara ini dengan kejohanan badminton All England 2021. Kemenangan yang sangat bermakna buat beliau kerana All England 2021 adalah salah satu kejohanan besar bagi sukan badminton.

lee zii jia

 

  • Berumur 23 Tahun (2021)
  • Beliau lahir di Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998
  • Ketinggian beliau 186cm dan berat badan 78kg.
  • Anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah.
  • Mula berjinak-jinak dalam sukan badminton sejak usia enam tahun.
  • Mempamerkan aksi cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun, sebelum bermain secara profesional pada umur 13 tahun.
  • Beliau kemudiannya mendapat tawaran menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
  • Bergelar juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015, seterusnya ditempatkan dalam Persatuan Badminton Malaysia.

Kehidupan Awal & Pencapaian Lee Zii Jia

5 Perkara Menarik Tentang Lee Zii Jia

1. Minat terhadap badminton yang dipupuk oleh bapanya

Ianya bermula ketika Zii Jia berusia 6 tahun, bapanya membawa Zii Jia menyertai salah sebuah kelab badminton di bandar kelahirannya. Bermula dengan bermain untuk sekadar mengeluarkan peluh dan berekreasi, siapa sangka kini Zii Jia telah menempa kejuaraan dalam sebuah kejohanan yang berprestij seperti All England

2. Anak jati kelahiran negeri Jelapang padi

Zii Jia merupakan anak kelahiran negeri yang sinonim dengan gelaran jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Anak muda ini dilahirkan di Alor Setar pada 29 Mac 1998

3. Mendapat didikan dan latihan oleh lagenda badminton

Zii Jia dididik dan dilatih oleh nama yang amat besar dalam sukan bulu tangkis iaitu bekas jaguh badminton negara, Misbun Sidek dan juga bekas jaguh badminton Indonesia, Hendrawan. Misbun dan Hendrawan juga merupakan nama yang cukup sinonim dalam bidang kejurulatihan badminton di Malaysia dan turut sama membimbing ramai pemain badminton ternama Malaysia termasuk Lee Chong Wei.

4.Tidak mahu dibandigkan dengan Lee Chong Wei

Dalam satu temubual,  Zii Jia tidak gemar orang ramai membandingkan dirinya dengan Chong Wei. Zii Jia mengatakan, dia mahu ‘menulis’ perjalanan perjalanan kariernya dalam sukan badminton yang tersindiri dan menumpukan untuk mempertingkatkan diri sendiri dari semasa ke semasa.

Telatah Pemuda buat Netizen Gelak

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress