Lelaki ‘Berapi’ Lecur & Kritikal, Bukan Kemalangan Tetapi Cubaan Bunuh Diri

Seorang lelaki lecur 96% tubuh badan dan berada dalam keadaan kritikal apabila terlibat dalam kemalangan yang dirancang sendiri oleh mangsa .Pada jam sekitar 8.45 malam, Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew berkata,polis telah menerima panggilan oleh seorang pekerja   kilang papan berusia 38 tahun yang memaklumkan terdapat kereta sedang terbakar serta seorang lelaki di dalam kenderaan berkenaan di Jalan Kampung Syed Omar,Kangar Perlis.

Tidak lama kemudian, seorang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar dan ternampak susuk tubuh seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arahnya.

‘Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan api pada tubuh badan mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan’

@kosmoonlineKebakaran sebuah kereta di Jalan Baru Syed Omar di Perlis malam tadi.Kredit ?Bravo Hairi♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Setibanya dilokasi kejadi Api yang marak di kereta mangsa dapat dipadam oleh pihak bomba dan mangsa dihantar keJabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Hasil siasatan polis ,bapa mangsa mengakui anaknya mempunyai masalah psikiatri dan sedang dalam rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.Dua kali cubaan membunuh diri pada selasa dan januari lalu tetapi berjaya diselamatkan keluarga.

@kosmoonline Sambungan video…. Mangsa kebakaran cedera di Perlis. Kredit Ucop Ahmad #perlis #kebakaranperlis ♬ SUSPENSE – Cavendish

Punca mangsa ingin membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanita telah mempunyai kekasih baru.

Tambah Wari , beliau diberitahu oleh bapa mangsa anaknya telah meminum petrol pada 8.45 malam sebelum keluar dari rumah menaikki keretanya. Berasa curiga dengan tindakan anaknya,bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kangar kerana yakin mangsa cuba untuk membunuh diri sekali lagi.Dan setibanya di balai polis, bapa mangsa dimaklumkan pihak polis ada menjumpai sebuah kereta sedang terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar.

Bergegas ke tempat kejadian, bapa mangsa mengesahkan kenderaan yang terbakar adalah milik anaknya.-onviral

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress