Lelaki Buta Penat Cuci Kereta, Gaji Cuma RM200

Kuala Lumpur: Meskipun dia yang bernama Muhammed Rosli Asamari kurang sempurna dari segi perlihatan, rutin mengilatkan tayar dan rim kenderaan sudah menjadi rutin hidupnya selama 10 tahun.

Muhammed Rusli – Kredit HarianMetro

Bahkan kerana kesungguhannya untuk mencari rezeki, jejaka berumur 29 tahun ini masih gigih bekerja selama 10 tahun di pusat cuci kenderaan Mie Car Wash & Services yang terletak di Taman Samudera, Gombak, Selangor.

Muhammed Rosli tular dimedia social apabila satu daripada pelanggannya memuji hasil kerjanya dan memuatnaik sebuah klip video yang membuktikan kata-katannya. Hasil tangan Muhammed Rusli lebih kemas dan bersih dari kebanyakkan individu yang serba cukup keupayaan.

Muhammed Rusli berkongsikan kisah kehidupannya yang selama ini dia sering menemui kegagalan dalam mencari rezeki demi menampung kehidupannya di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia mempunyai kaki dan tangan dan juga pendengaran sempurna untuk mencari rezeki namun banyak kedai atau premis menolak pemohonan kerana alasan dia buta.

Berbeza dengan saudara kembarnya yang sempurna, dia dilahirkan buta sebelah kiri dan kanan pula terhad dalam melihat. Tragiknya, 2 tahun lepas mata kanan sudah gagal sepenuhnya.

Dia tak pernah putus harapan dalam mencari pekerjaan dan dia tak mahu bebankan ibu bapanya bernama Maina Sayadi berumur 62 tahun dan Asamari Sainal pula berumur 69 tahun.

Tak lama selepas itu, dia berjaya mendapatkan pekerjaan mencuci kenderaan disebuah  pusat cuci kereta.

Bagaimanapun, dia tidak lama disana. Akibat ketidaksempurnaaanya itu rakan sekerjanya mengambil kesempatan ke atasnya dengan meminjam wang menggunakan namanya.

Bulan kedua dan ketiga semakin berkurang gaji yang diterima. Ada sehingga cuma RM200 ke RM300 sahaja. Lama kelamaan barulah bos menceritakan apa yang berlaku. Dia jadi kecewa dengan apa yang berlaku. Umpama penat yang tak berkesudahan.

Akhirnya, ibunya membantu Muhammed Rosli mendapatkan kerja di pusat cuci kenderaan di Gombak. Sehingga ke hari ini, dia sudah 10 tahun bekerja disana.

Mengambil masa yang lama untuk mahir akan tetapi dengan bantuan rakan sekerja dia berjaya bertahan.

“Awal-awal kerja saya kena meraba-raba bahagian tayar dan rim yang hendak dikilatkan…lebih kurang dua hingga tiga tahun juga sebelum saya dapat biasakan diri. Namun selepas itu saya semakin cekap. Kawan-kawan banyak tolong, mereka periksa semula kerja saya dan kalau ada yang salah mereka tolong betulkan.

“Bos pula memang bagi saya ruang untuk memahirkan diri. Pernah ketika bekerja saya terlanggar pelanggan, tapi kawan-kawan tolong jelaskan kepada pelanggan dan mereka biasanya faham,” ujarnya.

Anak terakhir daripada 5 adik beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan Usaha Ehsan di Taman Samudera sebelum menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Taman Sri Gombak untuk menamatkan sijil pelajaran malaysia.

Tambahnya lagi, dia bersyukur dengan keadaannya sekarang dimana dia kini boleh membantu ibu bapa yang sudah uzur.

Bercakap berkenaan videonya yang tular dimedia sosial sehingga meraihkan jumlah tontonan sehingga 170, 000.

“Saya tidak terfikir pun pasal perkara-perkara begini, saya cuma fikirkan pasal kerja,” ujarnya ketika ditanya tentang perasaannya dipuji pelanggan atas hasil kerja yang kemas dan memuaskan.

Menurut pengusaha pusat cuci kenderaan Mie Car Wash & Services,

” Saya bagi dia masa, tidak kira berapa lama yang dia perlukan untuk dia mahir. Inilah yang majikan kena faham dan beri peluang kerana jika tidak, mereka (OKU) akan terus dianggap tidak boleh bekerja.

“Muhammed Rosli pekerja yang baik, tidak pernah timbulkan masalah… melihat pada kesungguhannya, saya tidak ada masalah untuk gajikan pekerja OKU lain pada masa akan datang,” kata Suhaimi yang turut menggesa majikan lain agar membuka peluang kepada OKU untuk berdikari.

“…bantulah golongan ini dengan beri peluang yang luas untuk mereka bekerja mencari rezeki dan berdikari. Berilah mereka kerja mengikut kemampuan mereka, itulah cara kita tolong golongan OKU ini,”

Kredit – Harian Metro 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress