Lelaki Ini Kongsi Tips Simpan Duit Kahwin RM18K Dengan Gaji RM1.4K Sahaja

Berjimat adalah perkara yang sangat sukar tatkala kehidupan diikat komitmen berat . Rumah, kereta, motor ,ibu bapa dan makan minum adalah antara komitmen yang dipertanggungjawabkan buat individu apabila dia sudah mampu berdikari dan mengendalikan urusan kewangan mereka sendiri.

Bila sudah meningkat dewasa, keinginan dan kehendak kian bertambah. Atas desakan si pasangan kerapkali memenatkan akal fikiran bagaimana untuk membesarkan jumlah wang didalam poket. Kaum lelakilah yang paling merasai tekanan ini.

Wang hantaran tinggi- tinggi yang ditetapkan oleh keluarga belah perempuan untuk kaum Adam, menceroboh keselesaan kewangan mereka selama ini. Maka kerana sayang dan percaya si dialah jodohnya, hobi menyimpan akan tetap diteruskan.

Semua ini tidak mustahil dan masih bisa dicapai sesiapa.  Cuma, ia memerlukan titik perubahan drastik dari sudut gaya hidup yang barangkali mewah dan bebelanja semborono kepada bersederhana dan mementingkan aspek asas sahaja. Tiada lagi beberlanja baju atau kasut original mahal-mahal dan makan juadah yang dimasak sendiri.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan tips dan cara nya menyimpan wang kahwin sebanyak RM18K dalam masa setahun.

Ironinya, gaji yang diraih lelaki bernama Luqman Afifi itu cuma RM1400 sahaja. Kedengaran amat mustahil setelah kita mencongak. Mana mungkin, impian menyimpan wang ribuan ringgit tercapai dalam masa setahun.

Mari kita lihat bagaimana saudara Luqman Afifi  berkongsikan tips kewangannya dalam bentuk thread Twitter. Terdapat 13 Ribu Retweet dan 14 Ribu Likes terhadap postingnya.

 

1. Kerja

Ringkasnya, Luqman ialah seorang penyunting video dan mengakui dia tidak mempunyai gaji tetap setiap bulan.
Memandangkan dia nekad untuk berkahwin, dia mengabaikan berapa banyak pun kerja dan nilainya asalkan dia boleh meraih sebanyak mungkin dalam bulan itu.

2. Simpanan

Bahaya jika kad atm ada pada kita, simpanlah sebanyak manapun, kita tetap nakal. Ada saja perkara yang nak dibeli. Jadi, demi mengelak dari terguna wang simpanan, Luqman mengasingkan kepada dua jenis akaun bank dan meninggalkan kad atm bagi akaun simpanan dikampung.

Luqman juga berusaha mengelak dari berhibur dan berfoya agar impian berkahwin dapat direalisasikan.

3. Rumah sewa, duit makan & belanja

Meskipun tidak hidup bersama keluarga, Luqman boleh berjimat dan menyimpan dengan menyewa sebuah rumah sebanyak 9 orang temannya dan berkongsi kos perbelanjaan barang dapur.

Makan menu yang sama ialah cabaran yang Luqman tempuh sepanjang setahun itu.

4. Tempoh Mengumpul Duit Kahwin

5. Hantaran & Kenduri Kahwin

 

Hakikatnya, jika tidak berdisiplin tidak akan berjaya. Konsistensi ialah rangkap penting dalam menyumbang proses kejayaan dalam meraih apa jua matlamat. Namun begitu, apa yang dikongsikan oleh artikel diatas barangkali tidak sesuai diadaptasikan kepada semua orang secara am. Baju haruslah diukur berdasarkan saiz sendiri. Bertanyalah pada diri sama ada mampukah kita gigih menyimpan wang dengan berkorban sedemikian rupa. Jika kita boleh, tekunlah dalam melaksanakannya.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress