Kebiasaannya, setiap pemilik kucing akan menghabiskan masa mencari kucing kesayangan mereka yang mungkin tidak tahu untuk pulang ke rumah selepas lama berjalan. Situasi yang dikongsikan oleh pemilik kucing ini amat mencuit hati dimana dia menunjukkan gelagat kucing kesayangannya itu kena dipanggil juga untuk pulang ke rumah. Kalau tak, memang lamalah kucing tu nak pulang.
Apa yang mencuit hati adalah kucing itu rupa-rupanya sedang sibuk memerhatikan ikan tidak jauh dari kawasan rumahnya. Menerusi video yang dikongsi, netizen turut sama terhibur melihat gaya kucing itu yang kemudian berlari pulang selepas dimarahi pemiliknya itu.
@mohdyuzer Meqata aku caqi mai ngendap ikan qupa nya…. Anak ohhh anak……
Menerusi video yang telah dikongsikan, pemilik kucing tersebut memberitahu yang dia sedang mencari kucingnya itu di merata-rata tempat selepas perasan yang kucingnya itu tidak pulang ke rumah. Biasanya memang ada kucing yang akan leka bermain sehingga tidak teringat mahu pulang.
Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila kucingnya itu ditemui sedang duduk di tepi longkang sambil leka dan fokus memerhatikan ikan-ikan yang sedang berenang di dalamnya. Malah dia juga tidak memberikan sebarang reaksi apabila gelagatnya itu kantoi dengan pemiliknya sendiri. Sangat melucukan dan kucing tu pula sangat comel dengan keletahnya yang tidak menghiraukan pemiliknya sendiri.
Di bawah adalah beberapa komen-komen daripada para netizen yang agak menarik perhatian.