Lepas Kereta Masuk Longkang,Kini Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Untuk Hidup

Curang itu pilihan ,begitulah yang melanda dalam rumahtangga bekas pengacara radio,pelawak dan pelakon,Syuk Sahar 36.Trending di media minggu lalu apabila Syuk kantoi sekali lagi dengan orang awam ‘dating’ dengan skandal di sebuah kedai makan dan tidak lama selepas itu kereta mewah miliknya pula terbabas ke dalam longkang di sebuah kampung,di Penang.

Terbaru tular kembali live video di tiktok pelawak terbabit apabila menngakui rasa tidak bahagia sepanjang berlaku curang terhadap isterinya susulan dimuat naik kembali oleh beberapa akaun aplikasikasi berkenaan.

Selain daripada video mengakui berlaku curang itu tak best dan tak membahagiakan pun, ada perkara yang lebih penting yang dimaklumkan pelawak tersebut sehingga mendapat perhatian ramai.

Nak jual rumah untuk teruskan kehidupan

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai @mikha.ukasyah, pelawak tersebut menyatakan yang dia mahu menjual rumah banglo miliknya dengan nilai RM1.2 juta bagi meneruskan perniagaan dan kehidupannya.

@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ♬ bunyi asal – mikha.ukasyah

Shuk juga berharap bagi siapa yang berminat untuk melihat kediamannya yang ingin dijual di kawasan Denai Alam,bolehlah menghubungi pihaknya untuk menjalankan proses jualbeli kerana dia amat memerlukan duit pada ketika ini untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya selepas jatuh kerana kontroversi rumahtangga sejak tahun lalu.

@_pikahhhh #shukmengakucurang #fyp #shuksahar ♬ original sound – Pikaa iskandar ????

Sehubungan dengan perkongsian live tiktok berkenaan, ramai pengikut akaun berkenaan meninggalkan komen berbaur nasihat ,sokongan untuk berubah dan tak tinggal juga yang menyindir sinis.

Ada yang mengatakan apa yang berlaku terhadap Syuk sekarang adalah pembalasan dan teguran terhadap apa yang dilakukan Syuk terhadap isteri dan keluarganya sendiri.Allah boleh beri dan jangan lupa Dia boleh tarik dalam sekelip mata apa yang kita miliki hari ini.

Kifarah kecikkan hati isteri

 

Mohon berubah untuk diri sendiri

Allah tarik satu persatu harta yang kita ada kerana doanya isteri

Aib dia tersebar sebab kita kenal dia, berpada-pada ketika bagi komen

 

sumber ; tiktok mikha.ukasyah

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress