Lori Atau Jambatan Yang Salah Ni? Macam Nak Terbang Ke Bulan Je Nampaknya

Kemalangan di jalan raya boleh berlaku sekiranya pemandu tidak fokus terhadap pemanduan. Kalau tidak pun kemalangan boleh berlaku kerana gangguan daripada kenderaan lain atau banyak lagi faktor lain yang mungkin tiada kena mengena dengan manusia.

Satu perkongsian video oleh seorang pengguna tiktok @ajeb_kilo baru-baru ini amat menarik perhatian ramai. Ini mungkin bukanlah kemalangan yang meragut nyawa tetapi satu kemalangan yang agak pelik. Mungkin sebelum ini pernah terjadi atau ini adalah pertama kali pernah berlaku di Malaysia.

Bagaimana Lori ini boleh berada di posisi sedemikian. Dari mana agaknya punca bahagian hadapan lori ini boleh terangkat sebegitu rupa. Apapun daripada sumber yang didapati, tiada kecederaan yang berlaku.

Sebetulnya, sebelum melakukan pemanduan terutama yang membawa kenderaan besar, silalah periksa kenderaan dari setiap sudut supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan nanti.

Agak pelik. Mungkin Lori ini mahu terbang ke Bulan agak nya? Atau Optimus Prime (Transformers) tersilap tempat nak bertukar.

@ajeb_kilo

ni baru betul terciduk #kemalangan #lori #fypシ #tiktokmalaysia #ciduk #viral

♬ suara asli – Syaiful_Palindo – Tik Toker

Video yang mendapat tontonan lebih 2.3juta ini mendapat banyak respon daripada orang ramai. Di Bawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Sape Yang Salah? Lori Ke Jambatan”

“Jack nye rosak, nak repair… tak sampai bengkel dah tersangkut”

“Mungkin dia salah tarik/tekan jadi begitu”

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress