LPPSA atau nama penuhnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah sebuah badan berkanun bertanggungjawab untuk menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan bagi kakitangan awam di Malaysia. Sebelum ini penubuhan LPPSA dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ini mempunyai misi dan visi yang jelas untuk menguruskan pinjaman kepada seluruh kakitangan kerajaan di Malaysia.
Antara VISI dan Misi LPPSA adalah:
- Visi
- Jadi sebuah agensi pembiaya perumahan kakitangan kerajaan yang cemerlang dan mampan
- Misi
- Capai kecemerlangan dengan amalkan dasar, prosedur, budaya kerja dan pematuhan yang terbaik. Pada masa sama tingkatkan prestasi melalui inovasi berterusan
- Objektif
- Wujudkan dasar atau garis panduan & peningkatan melalui Core-Business-Chain (CBC) dengan gunakan Information and Communications Technology(ICT) sebagai penggerak bagi memastikan kecekapan.
- – Menyediakan pengurusan biayaan cekap serta masa penuhi Piagam Pelanggan
- – Kemampanan kewangan dengan kutipan cekap, pembiayaan mencukupi serta pengurusan kewangan berhemat.
Fungsi
Menguruskan pinjaman perumahan sektor awam
Pinjaman LPPSA Terkini 2019
Selesai pembentangan Bajet tahun 2018 pada 27 Oktober tahun lepas, LPPSA kemaskini dan membuat penambahbaikan kemudahan pembiayaan mereka.
Dibawah ini adalah inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA:
Inisiatif No.1: Masukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebahagian daripada rangkuman pembiayaan pihak LPPSA.
- Yuran guaman tidak merangkumi jumlah kelayakan pembiayaan LPPSA dan ianya adalah satu pilihan kepada pemohon.
- Kos yuran guaman tersebut adalah terpakai untuk yuran guaman dan bayaran berkaitan dokumentasi pinjaman. Ini tidak merangkumi yuran perjanjian jual beli(SPA) & kos pindah milik.
- Jumlah insurans @ takaful gadai janji yang dilindungi adalah termasuk jumlah kelulusan pembiayaan dan kos yuran guaman.
Inisiatif No.2: Benarkan pembiayaan perumahan bersama atau “joint-loan” daripada pihak LPPSA antara suami dengan isteri @ anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah kakitangan kerajaan.
- Permohonan adalah tertakluk kepada syarat semua pemohon adalah kakitangan kerajaan.
- Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
- Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.
Inisiatif 3: Benarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami isteri @ anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurang seorang pemohon adalah kakitangan kerajaan. Bagi pemohon bersama lain yang bukan kakitangan kerajaan perlu gunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi lain yang punyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian ke-2.
- Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah anggota kakitangan sektor awam.
- Pemohon bukan kakitangan sektor awam perlu gunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi lain yang punyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian ke-2.
- Pemohon perlu melantik peguam yang sama bagi urusan dokumen pembiayaan di LPPSA dan institusi kewangan yang berkaitan.
- Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
- Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.
- Wang beza mestilah diselesaikan terlebih dahulu melalui pengeluaran wang dari institusi pembiaya.
Bagi pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), ia menyasarkan untuk salurkan pembiayaan sehingga RM12 bilion pada tahun ini.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Datuk Kamal Mohd Ali:
Setakat hari ini LPPSA telah salurkan lebih RM6 bilion pembiayaan kepada lebih 20,000 penjawat awam.
“Tiap-tiap tahun, kami luluskan hampir 40,000 permohonan pembiayaan daripada kakitangan kerajaan dengan melibatkan RM10 bilion hingga RM12 bilion.
“Jumlah secara keseluruhan pembiayaan/pinjaman yang diberikan sehingga kini ialah sebanyak RM70bilion. Ianya membabitkan hampir 800,000 orang atau separuh daripada 1.6juta kakitangan kerajaan,” katanya pada sidang media.
Sebarang makluman lanjut mengenai Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA) anda boleh terus ke laman web rasmi mereka di http://www.lppsa.gov.my/v2/