Luluh hati aku tengok kasut yang dia pakai. Suami aku hadiahkan kasut kesayangan dia. Ya Allah murahkanlah rezeki suamiku.

Jarang2 Dapat Pelanggan Macam Ni,.. Rider Hantar Barang Dihadiahkan Sesuatu.

Perbuatan yang baik sangat mengagumkan bagi sesiapa yang menyedarinya. Apatah lagi jika perbuatan baik tersebut lahir dari hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan atau pengetahuan orang ramai. Berbuat baik kepada orang tidak mengira ketika sus4h atau senang. Bahkan, kebaikan yang dilakukan secara tidak langsung memperoleh ganjaran pahala. Walaupun pemberian yang kecil, namun ia cukup bermakna kepada sesetengah individu.

Melalui perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Erine Rahim di media sosial TikTok, suaminya telah memberi sepasang kasut kepada penghantar kurier ketika pemuda berkenaan menghantar barang ke rumahnya.

Pada mulanya wanita berkenaan yang berada di dalam kereta tidak menyedari akan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, dia ternampak suaminya berborak agak lama dengan penghantar barang itu di hadapan pagar rumahnya sebelum suaminya masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil sepasang kasut kesayangan miliknya.

Suami wanita tersebut berharap agar pemberian berkenaan dapat digunakan dengan baik untuk bekerja selepas melihat kasut yang dipakai oleh penghantar kurier berkenaan sudah lvsuh. Namun, pemuda tersebut mengatakan bahawa kasut itu boleh dibawa untuk berjalan-jalan.

@erinerahim

Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki J&T #fypシ #foryourpage

♬ original sound – ????? ????? – ????? ?????

Video yang memakan masa 41 saat itu meraih lebih 85 ribu tontonan serta mendapat lebih 10 ribu tanda suka.

Melihat ke ruang komenm rata-rata netizen memuji tindakan suami wanita tersebut yang sangat baik hati dengan memberikan kasut kepada penghantar kurier berkenaan. Ada juga di antara mereka yang mendoakan agar wanita tersebut dan suaminya dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

“TERIMA KASIH BAGI KASUT TU. SEMOGA MURAH REZEKI”

“SEMOGA DIBERIKAN KESIHATAN DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN”

“TERSENTUH HATI. MOGA SENTIASA DIREDHAI & DIRAHMATI”

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress