Kebanyakan daripada anda pasti pernah terlupa kata laluan BPR (Password) anda. Ini adalah satu perkara yang agak merbahaya kerana ianya akan menyukarkan bagi anda untuk membuat semakan status pembayaran BPR Fasa 3 anda.
Sila baca artikel penuh untuk mengetahui cara mudah untuk mendapatkan semula dan seterusnya set balik kata laluan anda.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Langkah Menetap Kata Laluan BPR
Sila lihat cara di bawah untuk mengubah dan menetapkan semula kata laluan anda sekiranya anda terlupa:
-
-
- Sila layari website BPR untuk kes terlupa kata laluan KLIK DISINI
- Sila isi kad pengenalan pemohon.
- Sila masukkan email anda yang telah didaftarkan.
- Kata laluan (password) sementara akan diberikan melalui email yang anda telah daftarkan.
- Sila log masuk semula dengan menggunakan password sementara.
- Sila tukar semula kata laluan sementara kepada lata laluan baharu yang lebih mudah untuk anda ingat.
- Soalan keselamatan akan dipaparkan jika tiada email yang berdaftar.
-
Baca juga: Bayaran Fasa 3 Dah Mula Masuk – Pembayaran Sehingga RM2,300!
Untuk mengelakkan anda lupa kata laluan, sila TULIS nota atau letak info dalam telefon mudah alih anda kesemua informasi (kata laluan yang baru/ emel/ soalan keselamatan) yang telah anda tetapkan. Ini adalah sebagai langkah berhati-hati sekiranya anda tiba-tiba terlupa dan untuk mengelakkan anda terpaksa pergi ke LHDNM yang berdekatan untuk membuat pendaftaran semula. Lagi mudah sekiranya anda meletakkkan kesemua info tersebut ditempat yang mudah untuk lihat sebagai contoh telefon mudah alih.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila rujuk langkah yang sama di atas.
Cara Membuat Semakan BPR
Sila log masuk ke portal https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login untuk membuat semakan status BPR Fasa 3 yang baru sahaja dibayar baru-baru ini.
Soalan Lazim (Kata Laluan BPR)
Bagaimanakah sekiranya saya terlupa alamat Emel atau Soalan Keselamatan?
Jawapan : Sila hadir ke LHDNM yang berdekatan untuk membuat pendaftaran semula BPR anda.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat, sila hubungi talian di bawah :
Hotline BPR : 1-800-88-2747
Panduan Pengguna di Laman Web : KLIK DISINI
Email: bpr@treasury.gov.my