Macam Patung, Izara Aisyah Ada Permintaan Semasa Photo Shoot Tudung

Baru-baru ini Ashh&Annas iaitu seorang usahawan kosmetik terkenal Malaysia telah berkongsi tentang satu permintaan yang datang daripada pelakon Izara Aishah sewaktu melakukan sesi penggambaran untuk koleksi tudungnya terbaharu. Jika dilihat di akaun Instagram Ashh&Annas, satu video perkongsian gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan mencuit hati peminatnya.

“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.

Apa yang lebih menggembirakan peminat adalah apabila Ashh&Annas turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.

“Nak Labuh Tau Tak Nak Singkat” minta Izara sekaligus membuatkan ruangan komen pada video dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung terbaharu Ashh&Annas.

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya.

Untuk pengetahuan, Izara tampil dengan imej bertudung pada bulan Ogos yang lalu. Jika ditinjau ke ruangan komen, hampir kebanyakan netizen meluahkan reaksi positif dengan penampilan ‘tertutup’ Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin yang nampak berusaha untuk terus kekal istiqamah. Jika dilihat, pemilihan busana jubah dan dress longgar yang dipakai Izara semasa penggambaran juga seiring dengan perubahan penampilan yang menyerlahkan lagi kecantikannya.

Selain daripada Izara, terdapat beberapa lagi artis wanita yang melakukan perubahan dengan berhijab antaranya Nana Mahazan, Aprena Manrose, Betty Rahmad, Farah Nabilah,Siti Elizad, dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASHH&ANNAS® (HQ) (@ashhannas)

“Macam Patung, Cantik, MashaAllah” luah seorang netizen

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress