Kalau sebut ‘bermadu, semua wanita tidak mahu dan minta dijauhkan. Siapa sanggup berkongsi suami kan! Namun, kalau itu sudah ditakdirkan, kita tidak mampu untuk menolaknya.
Bagi suami, mungkin ‘seronok’ tambah-tambah bila bercakap tentang poligami. Itu kelebihan lelaki yang memang tak boleh nak sangkal. Cumanya, kalau dah poligami, kenalah adil dalam memberi tanggungjawab pada isteri-isteri yang ada.
Bila anda ditakdirkan bermadu.
Begitu juga dengan isteri-isteri, kalau sudah ditakdirkan bermadu, terimalah dengan reda, Dia yang merancang sebaik-baiknya. Tak perlu merasakan diri kekurangan atau silap sampai suami cari yang lain tetapi percayalah semua ini ada rahmatNya.
Bagi pelakon Zarina Zainuddin pula tampil dengan cerita yang berbeza kerana telah hidup bermadu selama 25 tahun.
Set Cincin dengan Gelang.
Malu nak pakai takut di kata orang
Menerusi muat naik Zarina di Instagram nya, pelakon ini mendedahkan sebenarnya hadiah tersebut diterimanya sebagai hadiah hari kelahiran.
Disebabkan rasa sayang nak potong dan memakai gelang mewah tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk menyimpannya.
Rakan Artis Dan Netizen Luah Rasa Kagum
Melihat perkongsian pelakon veteran itu di media sosial, ramai peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan mengatakan rasa kagum mereka terhadap hubungan yang terjalin antara Zarina bersama madunya itu.
Sumber : zarinazainuddin via riverbed