Mahal Baka ni Kalau nak beli, Bukan Senang nak Miliki,… Tu pun masih ada orang yang tak hargai, Sanggup tinggalkan Ntah dah berapa lama dia diikat kat situ!!

Haiwan  peliharaan adalah sejenis haiwan domestik atau haiwan yang telah dijinakkan untuk dijadikan teman dikala lapang untuk bermain-main, sebagai haiwan yang berkhidmat memberi perlindungan atau hiburan. Haiwan yang kebanyakannya dipilih untuk dipelihara adalah seperti anjing, kucing, arnab, burung, hamster, khinzir dan sebagainya. Ada juga yang memelihara reptilia seperti jenis cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan.

Anjing merupakan antara yang popular selain kucing. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, anjing mempunyai banyak baka dan ada baka anjing yang memang susah untuk didapati. Jika ada yang senang didapati pun, harganya mungkin sangat-sangat mahal.

Perkongsian video seorang pengguna fesbuk ini amat menyedihkan serta membuatkan orang ramai geram. Seekor kucing yang nampak seperti baka “mahal” telah ditinggalkan oleh tuannya ditepi rumah dengan diikat pada tali. Anjing comel itu kelihatan sangat lapar dan bulunya sudah kotor mungkin kerana sudah terlalu lama berada di luar rumah itu dalam keadaan diikat denga tali besi di leher.

Sekiranya pemilik tidak mahu pun anjing itu, eloklah sekiranya dia hantar ke rumah peliharaan anjing. Sekurang-kurangnya anjing comel dari baka mahal ini tidaklah kelaparan dan terabai. Sedih rasa hati melihat keadaan anjing yang sebegitu rupa. Nasib baik ada jiran yang berhati mulia sedar akan kewujudan anjing itu. Kalau tidak, kita pun tidak tahu apa nasib yang menimpa si comel ini.

Di bawah adalah antara komen-komen daripada orang ramai yang rata-rata berasa sayu melihat anjing comel ini & berterima kasih kepada jiran yang memberikannya makan serta menyelamatkannya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress