Nur Fatima Aisya iaitu puteri kepada pasangan pelakon popular tanahair Nur Fazura dan suaminya Fattah Amin telahpun meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama dalam suasana majlis hari jadi yang sedehana tetapi tetap meriah.
Fazura telah berkongsi detik meriah sambutan hari lahir anak perempuannya di laman Instagram untuk tatapan para peminatnya.
Majlis yang bertemakan taman warna-warni itu dimeriahkan dengan patung haiwan, belon dan bunga-bungaan. Jika dilihat di Laman Instagram yang Fazura kongsikan, suasana sambutan memang nampak meriah dengan perbagai hiasan berwarna-warni. Fatima juga mendapat banayk hadiah harijadi daripada rakan-rakan dan juga para peminat.
“It’s been a busy two weeks. Syukur alhamdulillah for Fatima’s small first birthday so that we hope she’ll remember.
“We love you with all our hearts and more sayang. Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy. Insyallah, amin,” tulis Fazura.
Jika ditinjau dalam ruangan komen instagram Fazura, foto sambutan hari jadi tersebut dilimpahi dengan ucapan harijadi serta diikuti dengan doa buat Si Comel Fatima.