“Mak dah meninggal” – Baru Dibebaskan, Pemuda Terduduk Di Pusara

Hancur dan hibanya hati seorang pemuda apabila baru mengetahui yang ibu kesayangan sudah meninggal dunia semasa ketiadaannya beberapa bulan. Keadaan ini pasti lebih memedihkan apabila berita itu baru sahaja diketahui.

Inilah situasi pilu dan memeritkan yang dialami dan perlu dihadapi oleh pemuda ini yang baru sahaja bebas dikeluarkan dari penjara tiga bulan yang lepas.

Hera Elastra seorang pengguna TikTok telah berkongsi video ini yang menunjukkan kejadian yang menimpa pemuda tersebut iaitu adiknya sendiri nyata mengundang sebak dan perasaan sedih orang ramai.

Daripada video perkongsian tersebut, kita dapat lihat yang pemuda tersebut pada mulanya sedikit bingung dan keliru kenapa mereka berada dikawasan berkuburan. Dia dengan tidak semena-mena terus terduduk sejurus kakaknya yang sambil menangis telah memberitahu yang ibu mereka sudah meninggal dunia.

Pengguna tiktok tersebut memberitahu yang dia terus membawa adiknya menziarahi pusara ibunya sejurus dia dibebaskan dan samapi di rumah.

“Selepas 6 bulan dia ditahanan, harini dia dibebaskan terus bawa ‘jumpa’ mak” tulis kakaknya.

@heraalex86

#selepas 6bulan dpenjara, harini dia bebas trus bawa jumpa mak ??

♬ Ya Allah – Wali

Terdapat satu lagi video perkongsian yang menunjukkan pemuda tersebut kelihatan sangat sedih dan memeluk erat batu nisan pusara ibu mereka sambil menangis teresak-esak.

@heraalex86

#rindu yg paling berat ? kesian adek,nda sempat tgok mak pergi ?

♬ Bila Tiba – UNGU

Apa yang menambah kesedihan hati pemuda itu ialah kakaknya juga baru meninggal. Pengguna TikTok berkenaan membawa adiknya itu kesatu lagi kubur iaitu pusara kakaknya yang baru sahaja meninggal 10 hari yang lalu. Kelihatan pemuda tersebut sedikit terkejut dan sedih.

@heraalex86

#kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik? maafkan kami xbgtau adik masa dalam penjara? lagi2 pkp,keadaan xmenginzan…?

♬ Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN YR ♏usicall?

“Selepas jumpa mak, bawa dia jumpa kakak pula yang baru je pergi 10 hari, mak pula 100 hari.

“Kita kena redha adik… Kakak dah maafkan adik, maafkan kami tak beritahu adik masa dalam penjara . Lagi-lagi masa pkp,keadaan tak mengizinkan.. “tulis pengguna tiktok tersebut lagi menasihati adiknya.

Ketiga-tiga video ini mendapat perhatian netizen dengan komen-komen memberi semangat, motivasi dan juga tanda suka.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress