Malunya aku, Allah tetap hadirkan bantuan walaupun di tangan pakcik ini hanya ada RM 2 dia tetap ingin membantu.

Mesti ramai yang pernah alami situasi ini, tak kesahlah motor atau kereta yang tiba-tiba kehabisan minyak tanpa disedari dan mesti tahu perasaannya macam mana kan? Mula lah rasa gelabah dan cemas bila fikir apa yang patut dibuat. Lagi-lagi kalau masa tu kita tak bawa duit macam yang jadi pada gadis ini.

Gadis ini membuat perkhidmatan penghantaran di sekitar daerah Bentol di Tawau Sabah yang bersepan dengan satu masalah apabila motornya iba-tiba mati di tengah jalan akibat kehabisan minyak.

Pada ketika itu, gadis ini terjumpa seorang pakcik yang bekerja sebagai penjaga lori. Beliau atau pakcik itu bertanya kepadanya apa yang berlaku dan gadis ini beritahu masalah yang terjadi.

Tapi pakcik ini mempunyai masalah pendengaran dan selepas beliau memakai alat pendengaran barulah beliau faham apa yang gadis ini katakan.

Lalu gadis ini cuba untuk meminjam duit pakcik itu sebanyal 2 ringgit dan tak disangka pakcik itu segera berikan duitnya sebanyak 2 ringgit itu dari poketnya.

Lagi mengharukan bila pakcik ini beritahu yang itu sahaja duit yang tinggal dan pada mulanya cadang untuk beli kuih tapi beliau tetap cuba untuk bantu gadis yang dalam kesusahan ini. Gadis ini berterima kasih kepada pakcik itu dan janji akan jumpanya semula untuk balas budi.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress