Amyra Rosli diumumkan sebagai pengacara baru Program Nona.
Kuala Lumpur: SELEPAS hampir empat tahun program Nona di TV3 dikendalikan oleh aktres dan pengacara popular Mira Filzah, kini aktres Amyra Rosli pula diumumkan sebagai pengacara baharu program tersebut bermula 8 Ogos 2021.
Pelakon Amyra Rosli menyatakan yang dia berasa terkejut dengan pengumuman dan tawaran yang diberikan itu serta akan berusaha gigih menggalas tugas yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya itu.
“Siapa yang tak terkejut apabila diberi peluang untuk mengendalikan program Nona yang cukup dikenali ramai dan satu program yang sangat besar.Sejak dulu lagi saya memang ada impian nak menjadi pengacara tapi belum cukup ilmu”.
“Namun apabila tawaran ini datang, saya buang perasaan takut itu jauh-jauh dan mahu cabar diri,” jelas Amyra semasa sidang media pengumuman hos baharu Muzik-Muzik, Melodi dan Nona yang diadakan secara maya, Julai lalu.
Amyra menyatakan yang dia ingin membawa kelainan dalam Nona selain mahu menjadi dirinya sendiri semasa mengacara. Dia mahu mencabar dirinya mengendalikan program Nona selain membuang rasa takut untuk mula menjalankan tugas.
Selain kehadiran Amyra mewarnai Nona, penyanyi Sissy Imann bakal menggantikan Daiyan Trisha mengacarakan Muzik-Muzik bersama Alif Satar, manakala Nabila Huda menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari dalam program Melodi.
Baca Juga : Tak Disangka Ustaz Ebit Lew Buat Kunjungan Mengejut di gerai Azlee Senario Yang Viral Sebelum Ini
“Untuk pertama kali memang akan nervous. Saya banyak buat research tentang program Nona dan macam mana pengacara menyampaikan idea.Semua orang tahu pengacara Nona elegan,anggun. Tapi kali ini ada kelainan sikit, saya akan kekalkan keanggunan tapi sedikit cheeky character macam borak santai supaya lebih dekat kepada penonton,” ujarnya.
“Tugas sebagai pengacara sememangnya bukan mudah dan saya akui sedikit gementar tapi banyakkan membaca dan membuat latihan mengenai cara penyampaian yang baik,” katanya lagi.
Amyra menambah yang setakat ini dia tida menerima kecaman setelah diumumkan sebagai pengacara Nona yang baharu. Ini mungkin kerana Amyra seringkali berkongsi tentang perkara-perkara posotif di media sosial dan tiada apa pun yang perlu diperbesarkan. Selain itu, orang ramai selaku penonton yang menggemari program Nona mungkin menantikan kelainan yang akan dilakukan.
Bekas Pengacara Nona Mira Filzah secara khususnya telahpun mengendalikan rancangan Nona selama tiga tahun lapan bulan manakala Amyra Rosli pula akan mula menggalas peranan sebagai pengacara baharu dan sudahpun mula bersiaran dalam Nona pada 8 Ogos 2021 lepas.
Sebagai salah satu program Kewanitaan popular di Malaysia, Nona sentiasa mengetengahkan barisan selebriti serta pengacara yang sebelum ini juga pernah dikendalikan oleh nama-nama terkenal tanah air sejak mula bersiaran pada 1991 Antara nama-nama besar yang pernah menjadi pengacara program Nona adalah Puan Seri Normala Shamsudin, Datin Norjuma Habib Mohamed, Maya Karin, Vanida Imran dan Fara Fauzana, Neelofa dan Fouziah Ghous.
Anda mungkin berminat membaca : Diskaun Sehingga 70% Saman JPJ Sempena Bulan Kemerdekaan 2021