Mana Lagi Menguntungkan | Pinjaman ASB Atau Simpanan ASB?

Pasti ramai yang tertanya-tanya dan mempunyai persoalan tentang tajuk ini kan? Pada mata kasar nampak seperti kedua-duanya bagus, namun yang mana satukah sebenarnya lagi baik dan menguntungkan? Mungkin terdapat perbezaan tetapi semuanya bergantung kepada individu sendiri untuk menilai dan memilih untuk memilih salah satu daripada dua ini.

Amanah Saham Berhad – ASB

Amanah Saham Berhad (ASB) ini diwujudkan demi mengalakkan masyarakat Bumiputera untuk meraih simpanan alternatif. Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Melalui pelaburan ASB, ia boleh menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara konsisten kerana unit pelaburannya yang dijamin kerajaan.

Pulangan setiap tahun yang akan diterima adalah konsisten.Manakala, harga seunit dana ASB adalah bersamaan RM1.00.

Dalam masa yang sama, sebarang kos jualan atau yuran tebus unit ASB ini tidak akan dikenakan caj. Namun, pelaburan mengunakan ASB ini terhad sehingga RM200 000 sahaja. Had juga tiada fungsi jika perolehan dividen pelaburan lebih dari had pelaburan.

Sebagai contoh, pelaburan ialah sebanyak RM200, 000. Ia dijangka pada tahun depan setiap pelabur ASB bakal menikmati 10% peratus dividen. Jadi, nilai baharu dalam akaun ialah sebanyak RM220,000. Lebihan RM20,000 tidak akan dikira kerana melebihi had pelaburan.

Syarat kelayakan pelaburan ASB

Sila rujuk syarat kelayakan pelaburan ASB seperti di bawah :

    • Bumiputera yang merupakan orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954.

Sebab Permohonan Untuk Melabur Ditolak

    • Bukan warganegara Malaysia
    • Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia
    • Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja).
    • Gagal mengemukakan bukti dokumen dimana anda ialah bumiputera.
    • Gagal memberikan maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASB.

Jenis Bank Yang Boleh Melakukan Pelaburan ASB

    1. Maybank
      • ASB Financing
      • ASB Financing-i
    2. Ambank
      • Term Financing-i secured by ASB / ASB 2 certificate
      • Term Loan ASB / ASB
    3. Bank Simpanan Nasional
      • BSN MyRinggit ASB
    4. Affin Bank
      • Affin ASB/ASB2
    5. CIMB
      • CIMB ASB Financing
    6. RHB
      • ASB Financing
    7. RHB Easy
      • Easy-ASB

Pembelian Dana ASB juga boleh dibeli melalui POS Malaysia Berhad.

Langkah Pembelian Dana ASB

Untuk makluman anda, pembelian bagi Dana ASB boleh dilakukan tanpa menggunakan wang tunai. Sila rujuk 3 cara seperti di bawah tentang bagaimana melakukan pembelian Dana ASB.

    1. Pengeluaran Dana KWSP
      • Sekiranya pelabur berumur 18-55 tahun dan pelabur mempunyai sekurang-kurangnya lebihan RM5,000 dari jumlah simpanan asas Akaun 1 pelabur, pelabur boleh mengeluarkan sehingga 20% dari lebihan simpanan.
    2. Potongan gaji
      • Skim Potongan Gaji PPS (Pelan Pelaburan Sistematik) .
    3. Pinjaman ASB
      • Membeli unit ASB dengan bank ejen yang berkerjasama dengan ASB seperti Maybank, BSN, CIMB, AmBank, RHB dan Affin Bank dengan pinjaman ataupun simpanan.

Pinjaman ASB Vs Simpanan ASB | Mana Lagi Untung Sebenarnya

Sudah Pasti ramai yang tertanya-tanya samada yang manakah lebih menguntungkan diantara Pinjaman ASB dan Simpanan ASB. Persoalan ini mungkin bermain-main di minda anda betul kan.

Perkara utama yang anda perlu faham adalah Simpanan ASB merupakan simpanan peribadi dan ia ialah satu produk pelaburan unit amanah yang dibeli oleh pemilik akaun dimana akan menerima agihan dalam bentuk dividen pada penghujung tahun kewangan semasa.

Jumlah dividen keseluruhan yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah berdasarkan jumlah semasa simpanan pelabur di dalam akaun ASB. Contohnya jika kita menyimpan RM500 setiap bulan tanpa sebarang pengeluaran selama setahun, dividen akan diraih berdasarkan simpanan RM6000 tersebut.

Manakala bagi ASB Financing (ASBF), pelabur akan proleh dividen tahunan berdasarkan pembiayaan atau pinjaman yang dibuat dari pihak bank. Kebanyakkan pelabur akan mendapatkan pembiayaan secara pinjaman dengan jumlah yang besar dan maksimum iaitu sehingga RM200,000 untuk pulangan dividen yang maksimum.

Dengan jumlah pelaburan bulanan dan nilai dividen tahunan yang sama sebagai contoh dividen dijangkakan adalah sebanyak 10% pada tahun hadapan, pelabur yang membuat pinjaman ASB akan mendapat jumlah keuntungan dividen lebih tinggi daripada pelabur simpanan Asb.

Kesimpulan yang boleh diringkaskan adalah peminjam ASB boleh mendapatkan sebanyak mana-mana unit pelaburan kerana mereka membuat pinjaman akan tetapi pelabur yang menyimpan dana ASB akan mendapat dividen berdasarkan jumlah simpanan yang mereka mampu simpanan sahaja.

Maklumat Lanjut

Sila tekan pautan Laman Web ASNB untuk keterangan lebih lanjut dan terperinci KLIK DI SINI

Baca Juga : Jom Semak | KWSP Dijangka Umum Dividen Sekitar 5.2 Hingga 6.0 Peratus

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress