Mari sini aku nak check kutu kejap. uihh banyaknya. Gelagat Keduanya Buat Netizen Tergelak

Kebiasaannya kucing dan monyet sering bertengkar jika berjumpa antara satu sama lain. Seringkali dilihat di kawasan perumahan atau kampung yang berdekatan dengan habitat monyet, jika ada monyet yang datang, kucing-kucing akan menjergah mereka dan cuba menghalau kesemua monyet-monyet ini.

Walaubagaimanapun, bukan semua kucing dan monyet yang akan bergaduh bila berjumpa antara satu sama lain. Seperti juga anjing dan kucing yang dikatakan musuh tradisi, tetapi tetap ada anjing dan kucing yang bersahabat baik. Begitu juga kucing dengan monyet dalam satu video yang tular baru-baru ini.

Video itu sepantas kilat menjadi tular kerana gelagat kedua-duanya yang amat melucukan sekali. Dalam video berkenaan, kucing dan monyet itu kelihatan bersahabat baik malah si monyet turut membantu si kucing untuk mencari dan membuang kutu yang ada di badannya.

Monyet itu seperti kelihatan bersungguh-sungguh memeriksa dan mencari kutu di badan kucing itu sambil si kucing pula memberikan kerjasama sepenuhnya agar memudahkan si monyet mencari kutu.

Keadaan mereka tidak berubah dan jika dilihat ianya seperti sesi grooming dan entah berapa banyak kutu yang berjaya dicari oleh si monyet. Boleh la ringankan sikit kerja tuannya nak cari kutu di badan kucing tu, hihi.

VIDEO :

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat monyet dan kucing ini dan tidak menyangka kedua-keduanya boleh bersahabat baik sampai begitu sekali.

Bagus monyet tu bersihkan kutu

Tak bergaduh pula mereka

Best friend forever

Semoga kucing dan monyet yang lain juga boleh bersahabat baik seperti ini dan tidak bergaduh jika berjumpa.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress