Pelakon dan pengacara Norman Hakim menjadi perhatian ramai apabila satu rakaman video yang memaparkan pelakon filem Pasrah itu bersama anak perempuannya Marissa yang cuba menyahut cabaran menyebut ungkapan kiraan 1Bas, 2Bas sehingga 10 bas dengan cepat tanpa tersasul dan sangkut-sangkut yang agak popular sekarang ini. Ada yang berjaya menyebutnya dengan lancar dan ada juga yang tersasul.
Syarat cabaran ini adalah seseorang itu perlu menyebut ungkapan 1Bas, 2Bas dengan cepat dengan lancar tanpa tersasul sedikitpun sekali gus
membuatkan yang menyahutnya mencuba melakukannya beberapa kali tetapi tidak berjaya
Norman Hakim di dalam video tersebut pada awalnya menyahut cabaran 1Bas, 2Bas akan tetapi gagal dan tersasul. Dia kemudiannya mengulanginya kembali membuatkan ia menarik banyak tontonan.
Apa yang membuatkan orang ramai terhibur menonton adalah sesuatu yang dilakukan oleh puteri kedua pelakon Norman bernama Marissa Dania yang merakamkan gelagat ayahnya secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Norman lalu kemudiannya memuat naik saat lucu itu kepada akaun media sosial miliknya sehingga menjadi tontonan ribuan orang.
Norman Hakim sendiri juga telah meninggalkan komen pada video tersebut apabila tidak sama sekali menyangka yang anaknya Marissa merakam aksi dirinya yang sedang menyahut cabaran sebutan lancar tersebut dengan keadaan penuh keyakinan.
“Aitttt Ada hiddencam rupanya” Komen Norman di Social Media puterinya.
“pakai pelikat pun hensem” komen seorang netizen.
“Nasib baik la jadi kira”