Penggemar kek mesti suka kalau kek yang di bakar jadi Cantik kejadiannya. Kadang-kadang ada juga yang tidak kisah rupa kek asalkan rasanya sedap. Tetapi adalah lebih baik kalau rasa & rupa kek seriringan. Cantik dan sedap, tak gitu?
Satu perkongsian video menarik daripada seorang pengguna tiktok bernama @yummyumi sangat menghiburkan. Video agak lawak berdurasi 10 saat tersebut menunjukkan pengguna tiktok sudah siap melukis dan menghias kek sebelum memasukkannya kedalam ketuhar. Lukisan wajah kartun wanita bertudung di atas kek sangat cantik can kemas. Akan tetapi lihatlah hasilnya setelah siap dibakar dan dikeluarkan dari ketuhar.
Kesan Botox ke tu?? Ke silap pakai skincare?
Video yang menghiburkan ini mendapat 2.7 juta tontonan dan lebih 278k tanda suka setakat ini. Komen-komen daripada para netizen juga tidak kurang lucunya. Yummyumi yang mempunyai kegemaran membuat kek ini banyak berkongsi koleksi kek yang dibuatnya. Sudah pastinya kek tersebut sedap walaupun wajah kartun dah terlebih botox.
@yummyumi.92 sejam lebih melukis dye.. ??ade batu jatuh atas kepala ke muke jd penyek gitu.. ??#yummyumi #fypシ #foodie #baking #kekmarble
Di bawah adalah antara komen-komen netizen.
“Cuba akak lukis baruk sebelum masuk oven, mana tau jadi cantik”
“Terus jadi muka cikgu besar Upin Ipin”
“Aduyaii Tak pe… Usaha tangga kejayaan”