Masih Lagi Misteri, Ebit Lew Hanya Serah Kepada Pihak Berkuasa Buat Siasatan

Misteri pendakwah terkenal yang menjadi bualan netizen sejak malam tadi akhirnya terjawab selepas Ustaz Ebit Lew dilihat hadir ke ibu pejabat P0lis Bukit Aman.

Pendakwah tersebut telah hadir setelah dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi berkenaan dakwaan jenayah gangguan seksual.

Ustaz Ebit Lew memaklumkan bahawa dia menyerahkan siasatan ini kepada pihak polis mengenai tuduhan melampau yang dilemparkan terhadap dirinya menerusi keterangan yang telah diberikan selama sejam.

Sebuah video lucah mirip seorang pendakwah terkenal telah tuIar di sosial media sebelum ini yang membawa banyak prasangka dan teka-teki masyarakat. Oleh kerana Ebit Lew merupakan seorang pendakwah yang banyak membantu masyarakat serta fokus terhadap dakwahnya membuatkan ramai yang berharap beliau tiada kena mengena dengan isu tersebut.

Apapun Ebit Lew dilihat sentiasa tenang dan hanya menyerahkan siasatan dibuat oleh pihak polis. Diharap agar isu ini akan selesai serta tiada kecam mengecam tanpa mengetahui samada berita / video tersebut benar atau tidak.

Perkongsian Video yang menjadi buah mulut netizen yang rata-rata mempersoalkan kesasihan sumber rakaman tersebut.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress