Maulidur Rasul 1443H/2021M : Amalan & Sunnah Nabi SAW

Salam Maulidur Rasul 1443H tahun 2021 kepada semua umat Islam di Seluruh dunia. Pada tahun ini Sambutan Maulidur Rasul 2021 telah jatuh pada hari Selasa 19 Oktober 2021 dan cuti Maulidur Rasul 2021 merupakan cuti umum di Malaysia.

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul merupakan sambutan yang diadakan bersempena dengan hari kelahiran baginda Rasulullah SAW dimana menurut pandangan sebahagian ulama seperti Imam al-Suyuti telah menyatakan bahawa amalan sambutan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya. Ini kerana ia bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.
(Riwayat Muslim)

Tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah mereka merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW sekaligus berbangga dengan ajaran dan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Amalan Sambutan Maulidur Rasul

Berpuasa

Di antara amalan yang boleh untuk dilakukan untuk sambutan Maulidur Rasul adalah berpuasa. Telah diriwayatkan dari Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Hadis di atas memberikan petanda bahawa Rasulullah SAW telah melakukan amalan berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah di atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka dengan itu, jika Rasulullah SAW sendiri telah berpuasa pada hari Baginda dilahirkan,  sewajarnya amalan tersebut adalah amalan yang sama dilakukan oleh umat Islam pada hari ini, sebagai mensyukuri nikmat Allah kerana mengutuskan Rasulullah SAW.

Berselawat

Amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul juga adalah berselawat. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan, beliau menyatakan bahawa berselawat serta berdiri kerana membesarkan Nabi merupakan amalan baik lagi mulia. Dengan melakukan perhimpunan di masjid atau di surau melakukan aktiviti membaca alquaran dan berselawat merupakan satu ibadah yang baik sekaligus dapat menunaikan solat fardu berjemaah.

Selawat Maulidur Rasul

Berzanji

Berzanji merupakan suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad SAW. Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Melakukan  amalan berzanji yang kita sedia maklum mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW diikuti dengan selawat kepada baginda tidak dapat kita nafikan mengandungi sangat banyak kebaikan di dalamnya. Baginda telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Itulah antara amalan yang boleh kita laksanakan salam menyambut Maulidur Rasul. Walau apapun, melakukannya sendiri dengan niat kerana Allah untuk menyambut Maulidur Rasul Nabi Kesayangan kita juga susah merupakan satu sambutan. Meskipun sambutan tersebut merupakan perkara yang baik, namun mestilah dipastikan ianya menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

7 Sunnah Nabi

Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah nabi ini seyiap hari.

    • Lakukanlah tahajud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada sholat tahajudnya.
    • Bacalah Alquran sebelum terbit matahari sebaiknya dengan penuh pemahaman.
    • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan. Bukan karena panggilan muazin, tetapi panggilan Allah SWT yang memanggil orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
    • Jagalah sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
    • Jagalah sedekah setiap hari kerana Allah menyukai orang yang bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
    • Jagalah wudhu anda karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Khalifah Ali bin Abi Thalib telah berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa akan merasa selalu sholat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah.”
    • Lakukanlah malan istighfar setiap saat. Masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah dengan amalan beristighfar

Kesimpulan

Memahami serta meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam dimana perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Kita sememangnya telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah SAW. Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah SAW.

Salam Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress